Performance

Technology

Results for Pelik
Abang Ipar Minta iPhone 6 Sebagai Syarat Nikah Abang Ipar Minta iPhone 6 Sebagai Syarat Nikah Reviewed by Unknown on 03:03 Rating: 5
Pencuri Itik Disumbat Bangkai itik Dalam Mulut Pencuri Itik Disumbat Bangkai itik Dalam Mulut Reviewed by Unknown on 23:11 Rating: 5
Besarkan Mata Sepet Kini Jadi Kegilaan Di Jepun Besarkan Mata Sepet Kini Jadi Kegilaan Di Jepun Reviewed by Unknown on 16:55 Rating: 5
Gambar Hantu Gaza Buat Rakyat US Panik Gambar Hantu Gaza Buat Rakyat US Panik Reviewed by Unknown on 22:26 Rating: 5
Membunuh Untuk Jadi Terkenal Dan Masuk TV Membunuh Untuk Jadi Terkenal Dan Masuk TV Reviewed by Unknown on 02:39 Rating: 5
Tersepit Dicelah Bongkah Batu Kerana Payudar@ Terlalu Besar Tersepit Dicelah Bongkah Batu Kerana Payudar@ Terlalu Besar Reviewed by Unknown on 17:40 Rating: 5
Misteri Air Menyala Atas Air Di Jamaica Misteri Air Menyala Atas Air Di Jamaica Reviewed by Unknown on 04:19 Rating: 5
Abang Ipar Minta iPhone 6 Sebagai Syarat Nikah



Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi diarah bakal abang iparnya untuk memberikan iPhone 6 sebagai mas kahwin kepada wanita yang ingin dinikahnya.

Bakal pengantin lelaki itu diarah memberi telefon pintar itu sebaik ia boleh didapati di pasaran Arab Saudi sebagai syarat untuk berkahwin.

Akhbar al-Anba melaporkan, arahan si abang mengatasi permintaan bapa pengantin yang mahukan mas kahwin berbentuk wang.

Walaupun ulama rata-rata menggalakkan mas kahwin berbentuk wang tunai atau hadiah yang tidak terlalu mahal, masih ada keluarga di negara ini cuba mengambil kesempatan dengan membuat pelbagai tuntutan.

Generasi baru di rantau ini banyak mendesak supaya mas kahwin lebih rendah dibayar, namun sering diketepikan keluarga atau mereka yang mementingkan status dan adat.



Seorang kerani, Saud Ahmad berkata, dia biasa mendengar pelbagai permintaan pelik, namun ini kali pertama telefon bimbit canggih menjadi ‘buruan.’ - Agensi
Pencuri Itik Disumbat Bangkai itik Dalam Mulut


CHINA: Dua orang remaja berusia 14 tahun menahan malu apabila mulut mereka disumbat dengan bangkai itik dalam keadaan berlutut di tepi jalan. Ini adalah merupakan satu hukuman bagi mereka yang telah diberikan oleh penduduk setempat setelah menyedari dua orang remaja ini mencuri itik-itik di sebuah kolam.

Rata-rata penduduk yang lalu lalang di kawasan tersebut kehairanan apabila melihat kelakuan dua remaja ini. Justeru itu, mereka telah mendapat perhatian dan dikerumuni penduduk untuk mengetahui sebab mengapa di mulut mereka terdapat bangkai-bangkai itik.

Biasanya yang sering kita dengar apabila pencuri ditangkap penduduk setempat sudah pasti teruk di belasah. Bagaimanapun ini mungkin hukuman yang akan memberikan kesan yang mendalam selain daripada dipenjarakan ataupun diminta ganti rugi kerana ia amat memalukan.

Selain itu menurut ketua kampung yang dikenali sebagai Yong Ku berkata, mereka memang layak diberi hukuman sebegitu kerana telah beberapa kali ditangkap mencuri barangan penduduk untuk mendapatkan rokok dan minuman keras - SiakapKeli.com





Besarkan Mata Sepet Kini Jadi Kegilaan Di Jepun


TOKYO – Pembedahan kelopak mata menjadi trend yang popular untuk wanita Asia bagi mendapatkan kelopak menarik. Namun kini terdapat kegilaan baru yang menjanjikan alternatif lebih mudah dan tidak menyakitkan iaitu tampalan pelekat di kelopak mata.

Tujuan utamanya adalah membentu kelopak mata berganda secara semula jadi. Ia hanya menggunakan tampalan pelekat yang berharga RM19 berbanding kos pembedahan kelopak mata yang dianggarkan RM16,000.

Trend itu diperkenalkan di Jepun dan menyebabkan penduduknya terutama remaja yang bemata sepet menjadi obses.



Malah satu majalah Scawaii Beauty, menyifatkan bagaimana trend memotong pelekat itu kepada cebisan kecil dan melekatnya di kelopak mata, menjadikan mata pemakainya lebih besar, sama seperti kelopak mata orang barat.

Kegilaan ini bermula di Korea Selatan dan merebak dengan cepat di Jepun.
Pelekat itu turut dijual di Amazon, di mana ia disifatkan sebagai gred perubatan, menjadikan mata lebih besar dan jelas.

Bagaimanapun kegilaan itu dikritik oleh warga tua di Jepun kerana ia merompak identiti masyarakat Jepun yang terkenal dengan mata sepet.

“Bagaimana anda menggelar diri anda sebagai orang Jepun jika anda menjadikan diri sendiri seperti orang lain,’’ itu antara persoalan yang dibangkitkan oleh warga tua di negara berkenaan.


Gambar Hantu Gaza Buat Rakyat US Panik


PENGGUNA  Twiiterdogmaticfan mempersoalkan, ”apakah wanita itu dari Hamas?” 
Entah apa kaitannya seorang wanita berpakaian serba hitam dengan konflik Israel dan Hamas Palestin di tanah Gaza.

Tapi sejumlah orang ramai memperkatakannya sebagai sosok misteri. Mereka menyebutnya sebagai “hantu Gaza”. Foto-foto wanita berpakaian hitam itu merebak dan ramai membicarakan di media sosial, baik Twitter dan Facebook.



Perempuan itu diketahui berkelana di Amerika Syarikat. Asal usulnya mula dipersoalkan. Tapi wanita itu khabarnya kini berada di Winchester, Virginia, AS.

Seperti dimuat Al-Arabiya , Minggu (3/8/2014), ada yang meyakini perempuan itu jelmaan korban di Gaza dan menyebutnya sebagai hantu, “The #gaza jalur ghost”.

Pengguna lain, seperti dogmaticfan , mempersoalkan, “Apakah wanita itu dari Hamas?

Pengguna internet yang lain mempersoalkan agama seorang wanita itu, “Apakah ia seorang Muslim atau bukan, pakaian apa yang ia pakai itu?”  Seseorang telah membuat fanpage bertajuk

“Where is the woman in black?”.



Sudah hampir sebulan laman Facebook itu diwujudkan, dan sudah mmpunyai  77 ribu followers.

Sementara itu dalam laman Sydney Morning Herald , wanita itu disebutkan bernama Elizabeth Poland. Wanita berusia 54 tahun itu telah menempuh perjalanan kaki menuju rumah ayahnya di Winchester.

Dia adalah seorang janda, ditinggalkan suaminya pada 2008 Menurut adiknya, Raymond Poles, ia merupakan veteran perang Amerika Syarikat.

Tempat tinggal terakhirnya adalah rumah sakit Veterans Affairs hospitals.
Berkaitan Gaza, tentera Israel saat ini menyerang sekolah PBB di Rafah, Gaza Selatan.

Akibatnya sebanyak tujuh orang yang berada di dalam tempat pendidikan itu tewas. Israel berdalih, ada pasukan Hamas yang berkubu di sekolah tersebut, sehingga mereka terpaksa menyerangnya.

Belum ada pengesahan dari Hamas soal insiden itu Serangan terbaru ini menambah senarai korban tewas di Gaza.
Hingga kini, korban jiwa mencapai lebih dari 1.700 orang. Sementara, 63 tentera dan 3 orang awam dari Israel tewas



Membunuh Untuk Jadi Terkenal Dan Masuk TV

Oxford – Alasan paling bodoh untuk membunuh, iaitu ingin menjadi terkenal dan masuk TV. Ia sekali gus menjadikan Ben Blakeley, 22, sebagai individu yang paling tidak berhati perut.
Perkara itu didedahkan dalam perbicaraan selepas Blakeley didakwa membunuh seornag gadis yang juga teman wanitanya, Jayden Parkinson, 17.
Blakeley membunuh gadis itu selepas dimaklumkan oleh Parkinson bahawa dia sedang mengandung.
Kali terakhir dia dilihat bersama Parkinson ialah pada 3 Disember tahun lepas dan mayat gadis itu dijumpai dalam kubur bapa saudaranya, seminggu selepas dibunuh.
Jururawat penjara, Cally Brinsley, ketika memberi keterangan berkata, Blakeley memberitahunya bahawa dia kini menjadi terkenal selepas melakukan pembunuhan.
“Dia juga berulang kali meminta peti televisyen bagi membolehkan dia melihat berita mengenai dirinya.
“Blakeley juga kelihatan gembira dan memberitahu `saya kini seorang selebriti’,’’ katanya.
Blakeley bagaimanapun menafikan melakukan pembunuhan berkenaan.
Perbicaraan bersambung.
Tersepit Dicelah Bongkah Batu Kerana Payudar@ Terlalu Besar

Mudanjiang: Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersepit antara dua bongkah batu selepas gagal meloloskan dirinya.
Kejadian berlaku setelah wanita itu tersepit kerana punggung dan payudaranya tidak dapat melepasi ruang antara bongkah batu itu.
Senario menakutkan itu seakan satu adegan dalam filem ‘127 Hours’ berdasarkan kisah benar mengenai seorang pendaki, Aron Ralston yang lengannya tersepit di celah lubang sempit di Blue John Canyon, Utah, pada April 2003.


Watak yang dimainkan oleh James Franco dalam filem adaptasi Danny Boyle itu menceritakan bagaimana dia jatuh ke dalam gaung selama 127 jam selepas meneroka sebuah kawasan terpencil.

Kerana takut mati keseorangan, Ralston memotong tangannya dengan pisau untuk membolehkan dia melepaskan diri.

Bagaimanapun, nasib wanita yang tersepit itu tidak mempunyai kesudahan yang sama kerana dia diselamatkan oleh 12 anggota bomba. - Agensi
Misteri Air Menyala Atas Air Di Jamaica

DiJamaica, ada api yang menyala di atas air.Anehnya, pengunjung boleh berendam di air tersebut anpa sebarang kecederaan.

Tidak jauh dari Kota Saint Ann Teluk di Middlesex, Jamaica, ada kolam  unik yang bernama Windsor Mineral Spring. Ini adalah kolam air panas semulajadi yang mempunyai fenomena aneh. Daripada Jamaica Travel and Culture, ada api yang menyala tepat di atas permukaan air kolam tersebut.



Bukan kerana berunsur ghaib, fenomena ini terjadi kerana tingginya tahap gas sulfur yang keluar dari dasar kolam semulajadi ini. 

Seperti kebanyakan kolam air panas yang mengandungi belerang, air di sini dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Dalam sejarahnya, kolam ini sudah digunakan sebagai pusat rawatan selama berabad-abad lalu oleh penduduk sekitar.

Bagi pelancong yang ingin ke sana, biasanya akan disambut oleh komuniti di Windsor Mineral Spring. Disana, pengunjung akan ditawarkan untuk berjalan di kolam air panas tersebut. Ada juga massage api yang boleh dicuba pelancong.

Terkini, dan ini yang paling unik, pemandu pelancong akan memasak di atas air yang mengeluarkan api tersebut.
Powered by Blogger.