TOKYO – Pembedahan kelopak mata menjadi trend yang popular untuk wanita
Asia bagi mendapatkan kelopak menarik. Namun kini terdapat kegilaan baru
yang menjanjikan alternatif lebih mudah dan tidak menyakitkan iaitu
tampalan pelekat di kelopak mata.
Tujuan utamanya adalah membentu kelopak mata berganda secara semula
jadi. Ia hanya menggunakan tampalan pelekat yang berharga RM19
berbanding kos pembedahan kelopak mata yang dianggarkan RM16,000.
Trend itu diperkenalkan di Jepun dan menyebabkan penduduknya terutama remaja yang bemata sepet menjadi obses.
Malah satu majalah Scawaii Beauty, menyifatkan bagaimana trend
memotong pelekat itu kepada cebisan kecil dan melekatnya di kelopak
mata, menjadikan mata pemakainya lebih besar, sama seperti kelopak mata
orang barat.
Kegilaan ini bermula di Korea Selatan dan merebak dengan cepat di Jepun.
Pelekat itu turut dijual di Amazon, di mana ia disifatkan sebagai gred perubatan, menjadikan mata lebih besar dan jelas.
Bagaimanapun kegilaan itu dikritik oleh warga tua di Jepun kerana ia
merompak identiti masyarakat Jepun yang terkenal dengan mata sepet.
“Bagaimana anda menggelar diri anda sebagai orang Jepun jika anda
menjadikan diri sendiri seperti orang lain,’’ itu antara persoalan yang
dibangkitkan oleh warga tua di negara berkenaan.
Besarkan Mata Sepet Kini Jadi Kegilaan Di Jepun
Reviewed by Unknown
on
16:55
Rating:
No comments: