Performance

Technology

Results for Sejarah
Tanah Perkuburan Islam Yang Terdapat Di Austria (16 Gambar) Tanah Perkuburan Islam Yang Terdapat Di Austria (16 Gambar) Reviewed by Unknown on 08:25 Rating: 5
Asal Usul Gambar Pada Wang Kertas Malaysia Asal Usul Gambar Pada Wang Kertas Malaysia Reviewed by Unknown on 22:59 Rating: 5
Gambar Sejarah Pembinaan Eiffel Tower Gambar Sejarah Pembinaan Eiffel Tower Reviewed by Unknown on 01:12 Rating: 5
Gambar TERSELAK DAN TERKANGKANG Dimuat Naik Dalam Facebook?  Gambar TERSELAK DAN TERKANGKANG Dimuat Naik Dalam Facebook? Reviewed by Unknown on 17:59 Rating: 5
WelBike Motorsikal Digunaka Semasa Perang Dunia Ke-2 WelBike Motorsikal Digunaka Semasa Perang Dunia Ke-2 Reviewed by Unknown on 00:22 Rating: 5
Hukuman Ling Chi Antara Yang Paling Kejam Di Dunia! Hukuman Ling Chi Antara Yang Paling Kejam Di Dunia! Reviewed by Unknown on 03:51 Rating: 5
Rahsia Besar Tun Mahathir Mohamad Terbongkar! Rahsia Besar Tun Mahathir Mohamad Terbongkar! Reviewed by Unknown on 23:13 Rating: 5
Senarai 5 Pemimpin negara yang paling dibenci didunia!  Senarai 5 Pemimpin negara yang paling dibenci didunia! Reviewed by Unknown on 22:08 Rating: 5
Hukuman Mati Menggunakan MachineGUN Di Thailand Hukuman Mati Menggunakan MachineGUN Di Thailand Reviewed by Unknown on 22:18 Rating: 5
Luka Pembunuhan Beramai-Ramai Di Memali Kini Berdarah Kembali Luka Pembunuhan Beramai-Ramai Di Memali Kini Berdarah Kembali Reviewed by Unknown on 01:46 Rating: 5
Gambar Pramugari Yang Pertama Di Dunia Gambar Pramugari Yang Pertama Di Dunia Reviewed by Unknown on 19:42 Rating: 5
Gambar Perlaksanaan Hukuman Mati Abad 19 Di China Gambar Perlaksanaan Hukuman Mati Abad 19 Di China Reviewed by Unknown on 02:24 Rating: 5
Tanah Perkuburan Islam Yang Terdapat Di Austria (16 Gambar)


Di bandar Altach, Vorarlberg, Austria sebuah perkuburan Islam dibina bagi kegunaan penganut beragama Islamnya. Tanah perkuburan merangkap tempat pengurusan jenazah muslim ini adalah rekaan jurubina Bernardo Bader. Tanah perkuburan seluasa 8400 meter persegi ini juga dilengkapi sebuah surau yang digunakan pelawat untuk beribadat dan melakukan solat jenazah kepada arwah, 






Asal Usul Gambar Pada Wang Kertas Malaysia

Mungkin masih ramai yang belum tahu siapakah gambar Agung yang berada di dalam wang Malaysia yang kita gunakan hari ini. Dan dari manakah asalnya gambar tersebut diambil? Di sini kami ingin kongsikan kepada anda semua asal usul gambar agung yang terdapat pada wang Malaysia ini.



Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad ( Jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman) dari Negeri Sembilan.




Inilah gambar asal sebelum dicetak diatas not wang kertas Ringgit Malaysia (RM). Sehingga kini gambar Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama ini masih digunakan pada wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 – 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin keSultanan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.


Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada pada wang kertas Malaysia itu adalah keturunan kelima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.
Gambar Sejarah Pembinaan Eiffel Tower

Lokasi : Paris, Perancis
Tempoh pembinaan : 2 tahun
Dibuka : 1889
Antena/Puncak : 324 m (1,063 kaki)
Bumbung : 300.65 m (986 kaki)

Sejarah pembinaan Eiffel Tower ini bermula pada 1887 -1889 oleh Alexandre Gustave Eiffel seorang warganegara Perancis. Kos pembinaan pada ketika itu dianggarkan 1.5juta Euro. Pembinaan ini telah melibatkan 300 orang pekerja bagi membangunkan menara Eiffel ini.

Menara Eiffel (Bahasa Perancis: La Tour Eiffel, /tuʀ ɛfɛl/) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis.

Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan bersempena nama perancangnya, Alexandre Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.

Lif memang diperlukan untuk bangunan setinggi ini untuk mengangkut pelawat ke atas dan ke bawah. Tahukah anda semua lif Menara Eiffel ini jika dihitung jumlah kegunaan tahunannya adalah bersamaan dengan 2 setengah kali mengelilingi dunia atau lebih daripada 103,000 km.

Menara ini bergoyang sedikit apabila hari berangin.Tetapi pada tahun 1999, kejadian ribut telah menyebabkan ia bergerak 13 sm dari kedudukan asalnya. Malah matahari juga boleh menyebabkan menara ini condong sehingga 18 sm.

Menara besi ini juga diperlukan belaian. Ia dicat semula setiap 7 tahun, tetapi bukanlah sebarang cat yang digunakan. Selepas menjalani sesi perbincangan yang serius, warna tembaga dengan variasi 3 tona telah dipilih kerana kombinasi 3 warna yang berbeza ini dianggap berpadanan dengan warna lagit Paris.

Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, juruteranya "Gustave Eiffel" mendaki semua 1,710 anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan sendiri bendera Perancis.





















Dalam tempoh pembinaan berlangsung, hanya 1 orang sahaja mati di kawasan pembinaan tersebut. Rekabentuk Eiffel Tower ini direka berdasarkan pengiraan matematikal yang melibatkan pengiraan rintangan angin. Beginilah sejarahnya mengenai pembinaan Eiffel Tower. 
 Gambar TERSELAK DAN TERKANGKANG Dimuat Naik Dalam Facebook?


Lihatlah bagaimana sikap pelajar wanita sekolah ini memuatnaik gambarnya di dalam laman sosial Facebook.Tak cukup dengan gaya ‘terselak dan terkangkang’, turut diletakkan adalah gambarnya bermesra dengan teman lelaki.
Mungkin dia rasa tindakannya itu ‘cool’, tetapi hakikatnya ia adalah satu perbuatan memalukan yang mencerminkan pemikiran dan ‘sikap’ pelajar itu sendiri.
Apatah lagi ‘aksi’ itu dalam keadaan mereka berpakaian sekolah!
Entahlah, macam-macam sekarang ini… (Gambar Ohtidak.com)
WelBike Motorsikal Digunaka Semasa Perang Dunia Ke-2
 
WelBike adalah Motorsikal jenis Single Seater buatan British yang digunakan ketika Perang Dunia ke 2,WelBike merupakan Motorsikal terkecil yang pernah digunakan oleh British Armed Forces.Dikirim ke Medan Perang dengan cara dijatuhkan melalui Kapal Terbang Pengangkut Perang
Hukuman Ling Chi Antara Yang Paling Kejam Di Dunia!
Kekejaman terhadap penjenayah perempuan yang dilakukan awam di China selama masa Dinasti Qing atau dikenali sebagai Dinasti Manchu (1644-1912). Tidak dijelaskan apabila foto-foto ini dibuat dan di mana lokasinya, tabekpuang.blogspot.com menerima pengirim foto hanya menjelaskan bahawa inilah hukuman terberat bagi penjenayah kelas atasan. Pada tajuk foto dituliskan "Kematian Kerana Ribuan Potongan".
Rahsia Besar Tun Mahathir Mohamad Terbongkar!


TAHUKAH ANDA??
1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.
2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” – Tun Mahathir.
3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.
4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.
5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.
7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.
8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.
9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.
Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.
Siapa dia? Ya.. dialah..
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.
Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.

 Senarai 5 Pemimpin negara yang paling dibenci didunia!
Pol Pot

 Saloth Sar Aka Pol Pot dan Khmer Merah parti politiknya yang memerintah Kemboja selama empat tahun (1975-1979), tetapi orang-orang Kemboja tidak memiliki kenangan yang baik dari pemerintahannya, mereka ingat Pol Pot sebagai penguasa yang sadis. selama pemerintahannya sekitar 2 juta rakyat Kemboja mati kerana kelaparan, pembunuhan politik, kerja paksa dll. Kekuasaan Pol pot berakhir selepas pencerobohan Kemboja oleh negara jiran Vietnam pada tahun 1979, pembunuhan beramai-ramai selama pemerintahan Pol pot itu yang biasanya disebut sebagai Genosid Kemboja.
Hukuman Mati Menggunakan MachineGUN Di Thailand

Sehingga 2003 pesalah jenayah berat dijatuhkan hukuman mati dengan ditembak menggunakan mesingan. Teknik hukuman mati ini mungkin nampak ganas tetapi sebelum 1934 teknik hukuman mati utama Thailand adalah dengan hukuman pancung dengan menggunakan pedang. Lebih dari 280 penjenayahdikenakan hukuman mati dengan ditembak. Majoriti dijatuhkan hukuman ini kerana membunuh dan merompak sehingga mengakibatkan kematian. 

Tidak seperti hukuman menembak yang digunakan oleh tentera yang menggunakan beberapa orang penembak pada satu-satu masa, di Thailand hanya seorang algojoditugaskan menembak pesalah sehingga mati. Sebuah mesingan diisikan dengan 15 butir peluru. Mesingan ini ditambat pada permukan meja. Pesalah diikat pada kayu berbentuk salih dan tubuh beliau dipisahkan dari penembak dengan kain kanvas lengkap dengan sebuah bulls eye. Sasaran algojo ialah bahagian jantung. Penembak akan menanti bendera dijatuhkan oleh ketua beliau untuk menekan picu mesingan. Beberapa das tembakan akan dilepaskan pada pesalah. Jika pesalah tidak mati serta merta beberapa lagi das tembakan akan dilepaskan sehingga beliau menghembuskan nafas terkahir. 

Tidak seperti di Malaysia, hukuman mati di Thailand dilakukan selepas waktu makan tengahari. Pesalah mengetahui hukuman mati akan dijalankan sekiranya makan tengahari dihidangkan lebih awal dari biasa. 


Thailand kini menjatuhkan hukuman mati dengan menggunakan teknik suntikan maut. Hukuman ini dikatakan lebih "humane" untuk mengakhiri riwayat pesalah. Antara fakta menarik mengenai hukuman mati Thailand ialah 2 orang dihukum mati kerana kesalah menghina King Bumiphol. Interesting indeed. Menurut algojo terakhir teknik menembak,Chavoret Jaruboon pesalah yang paling tenang ialah pesalah yang merupakan pembunuh upahan. Kerap kali pesalah sebegini akan tenang menemui kematian kerana mereka sudah lali dengan kematian. Cold hearted killers to the end! 




Luka Pembunuhan Beramai-Ramai Di Memali Kini Berdarah Kembali



Di antara dosa terbesar dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap orang Melayu-Islam di negara ini adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 19 November, 1985.


Selepas 29 tahun berlalu, kes ini panas kembali apabila bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tun Musa Hitam pada awal minggu ini mendedahkan sebuah fakta penting yang beliau sembunyikan selama ini.

Menurut Musa, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia semasa pembunuhan beramai-ramai itu dilakukan dan dua tiga hari selepas kejadian sedangkan selama ini majoriti rakyat Malaysia difahamkan bekas perdana menteri itu berada di China.

“Titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang,” kata Musa pada majlis Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran kerajaan negeri Kelantan di Kota Baru minggu ini dan menambah itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana jika ditanya mengenai tragedi berdarah Memali.

Ramai yang bertanya mengapa selepas 29 tahun baru perkara ini didedahkan Musa?

Saya tidak akan bertanya soalan seperti ini kerana apa yang dilakukan Musa sama seperti dilakukan Michael Corleone dalam filem The Godfather III apabila beliau membuat pengakuan kepada Cardinal Lamberto mengenai dosanya besarnya mengarahkan pembunuhan abangnya Fredo.

Manusia tidak akan mampu memendamkan sesuatu dengan terlalu lama apa lagi kesalahan besar seperti pembunuhan beramai-ramai di Kampung Memali.

Ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur semalam mengenai pendedahan Musa, Dr Mahathir berkata: “Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.



“Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak,” kata Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Hotel Istana malam tadi.

Walaupun sudah lama peristiwa ini berlalu, ianya tidak akan selesai sehingga pelaku yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai ini dihadapkan ke muka pengadilan.

Fakta baru yang didedahkan Musa boleh menjadi asas untuk kes ini dibuka semula.

Saya masih teringat beberapa tahun lalu apabila berkesempatan ke kampung Memali dan menemuramah keluarga dan sahabat Ibrahim untuk projek filem pendek arahan seorang teman mengenai tragedi berdarah itu.

Saya melihat bagaimana kesedihan masih lagi menghantui penduduk kampung tersebut terutama yang menyaksikan sendiri bagaimana serangan dilakukan terhadap kampung mereka.

Sebak di hati melihat linangan air mata Solehah, isteri kepada Ibrahim apabila menceritakan detik-detik kematian suaminya.

Ibrahim memberikan satu pengajaran besar kepada rakyat Malaysia. Beliau tidak hanya bercakap seperti ramai ahli politik Malaysia.

Beliau tidak tunduk kepada undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menghalalkan penahanan tanpa bicara.

Ibrahim dan 13 pengikutnya bukan sahaja tidak menyerah kalah malahan membayar dengan nyawa dalam melawan kekejaman ISA.

Selepas 29 tahun, nama Ibrahim dan pengikut-pengikutnya masih lagi disebut-sebut seperti tidak pernah mati. Luka Memali berdarah kembali.


Gambar Pramugari Yang Pertama Di Dunia
Untuk pengetahuan korang, inilah gambar pramugari pertama di dunia yang pernah ada sejak mula-mula pengangkutan udara diperkenalkan. Yang menariknya gambar ini ialah cara pemakaian mereka jauh lebih kemas, menarik dan tidak terlampau seksi berbanding zaman sekarang. 


Gambar Perlaksanaan Hukuman Mati Abad 19 Di China

Pemotongan kepala, menjerut dan kebuluran adalah semua kaedah pelaksanaan hukuman yang diterima dalam abad ke-19 China. Walaupun mereka yang tidak dihukum mati, mereka di siksa atau dia biarkan kebuluran dengan kaki dan tangan diikat dan di kurung.
Gambar-gambar ini telah diambil semasa dan secara langsung selepas Pemberontakan Boxer, yang merupakan masa yang amat ganas dan bergelora dalam sejarah Cina. Di seluruh negara, pemberontak Boxer dan penjenayah telah dibunuh di hadapan umum sepenuhnya. Dan mayat-mayat mereka, atau sekurang-kurangnya bahagian-bahagian daripada mereka, telah dipaparkan sebagai amaran kepada orang lain.

Sama ada hukuman ini adalah kematian atau penderaan, terdapat jurugambar Barat seperti James Ricalton sekitar, bersedia untuk menangkap gambar hukuman.Jurugambar James Ricalton mengambil banyak gambar pemberontakan, dan buku imej beliau telah diterbitkan pada tahun 1990. Menurut editor Christopher J. Lucas, beliau "diiktiraf secara meluas sebagai salah satu yang paling penting (sudah tentu yang paling popular) jurugambar pada masa itu.













Powered by Blogger.