Oxford – Alasan paling bodoh untuk membunuh, iaitu ingin menjadi terkenal dan masuk TV. Ia sekali gus menjadikan Ben Blakeley, 22, sebagai individu yang paling tidak berhati perut.
Perkara itu didedahkan dalam perbicaraan selepas Blakeley didakwa membunuh seornag gadis yang juga teman wanitanya, Jayden Parkinson, 17.
Blakeley membunuh gadis itu selepas dimaklumkan oleh Parkinson bahawa dia sedang mengandung.
Kali terakhir dia dilihat bersama Parkinson ialah pada 3 Disember tahun lepas dan mayat gadis itu dijumpai dalam kubur bapa saudaranya, seminggu selepas dibunuh.
Jururawat penjara, Cally Brinsley, ketika memberi keterangan berkata, Blakeley memberitahunya bahawa dia kini menjadi terkenal selepas melakukan pembunuhan.
“Dia juga berulang kali meminta peti televisyen bagi membolehkan dia melihat berita mengenai dirinya.
“Blakeley juga kelihatan gembira dan memberitahu `saya kini seorang selebriti’,’’ katanya.
Blakeley bagaimanapun menafikan melakukan pembunuhan berkenaan.
Perbicaraan bersambung.
Membunuh Untuk Jadi Terkenal Dan Masuk TV
Reviewed by Unknown
on
02:39
Rating:
No comments: