Performance

Technology

Results for Hiburan
Laporan Alyah Hamil Tidak Benar Laporan Alyah Hamil Tidak Benar Reviewed by Unknown on 16:54 Rating: 5
Siti Saleha Komen Dituduh Bergambar Lucah Siti Saleha Komen Dituduh Bergambar Lucah Reviewed by Unknown on 18:58 Rating: 5
Gambar Diana Danielle "Tertonjol" Cetus Kontroversi Gambar Diana Danielle "Tertonjol" Cetus Kontroversi Reviewed by Unknown on 23:37 Rating: 5
Amy (Grand) Mengaku Salah Larikan Wang Lan (Kristal) Amy (Grand) Mengaku Salah Larikan Wang Lan (Kristal) Reviewed by Unknown on 16:44 Rating: 5
Datuk Ramli MS Dan Alyah SAH Sudah Nikah Lebih Setahun! Datuk Ramli MS Dan Alyah SAH Sudah Nikah Lebih Setahun! Reviewed by Unknown on 22:22 Rating: 5
Jepp (Sepahtu) Luah Perasaan Sering Difitnah Orang Jepp (Sepahtu) Luah Perasaan Sering Difitnah Orang Reviewed by Unknown on 16:44 Rating: 5
Cinta Kamal Adli & Intan Ladyana Berakhir Cinta Kamal Adli & Intan Ladyana Berakhir Reviewed by Unknown on 16:33 Rating: 5
Laporan Alyah Hamil Tidak Benar


PETALING JAYA: Penyanyi Datin Alyah tidak mengetahui siapakah individu yang menyebarkan cerita kononnya dia kini sedang hamil anak pertama bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 33,  berkata, dia hanya mengetahui perkara berkenaan melalui sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

"Pertama sekali berita saya hamil tidak benar dan apabila membaca mengenai laporan berkenaan saya terkejut kerana ia bukan datang daripada mulut saya.

"Saya tidak tahu siapa yang sebarkan mengenai cerita itu tetapi ia sama sekali tidak benar," katanya kepada mStar Online pada Ahad.

Menerusi laporan berkenaan, Alyah dikatakan berkunjung ke sebuah klinik kesihatan dan seorang individu yang turut berada di tempat sama terdengar penyanyi itu berbual mengenai kehamilan.

Dalam pada itu, Alyah tidak menafikan ada berkunjung ke klinik berkenaan bersama seorang temannya tetapi tidak berbual mengenai hal-hal kehamilan seperti yang dilaporkan.

Jelas Alyah, semasa berada di ruang menunggu hanya sepasang suami isteri turut berada di dalam klinik berkenaan dan dia pelik dengan tuduhan yang dibuat terhadapnya itu.

"Saya berkunjung ke klinik berkenaan atas sebab lain dan tiada pula bercakap mengenai kehamilan malah hanya ada sepasang suami isteri sahaja di dalam klinik tersebut ketika itu," katanya.




Alyah dan Ramli bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 dan perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu. Mstar
Siti Saleha Komen Dituduh Bergambar Lucah



PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha tidak menganggap gambar yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini sebagai keterlaluan dan lucah.

Siti Saleha, 24, berkata, sebagai seorang selebriti dia sedar pergerakannya diperhatikan peminat dan sentiasa berhati-hati sekiranya ingin berkongsi gambar peribadi dalam laman sosial.

"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik.

"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial," katanya kepada mStar Online.

Saleha ditemui pada sidang media teater Asmara-Ra All Stars yang diadakan di Kaki Seni SS2 Mall di sini pada Selasa.


Saleha mengulas mengenai sekeping gambarnya yang dirakamkan daripada bahagian belakang badan sambil duduk di atas kayu di tepi pantai.

Pengikut profilnya menganggap gambar tersebut sebagai lucah dan Saleha menerima pelbagai kritikan daripada pengikut di laman sosial tersebut.

Dalam pada itu, Saleha berkata, dia tidak terlalu memberi perhatian terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap ia perkara biasa.

Bagaimanapun dia mengakui ada menyekat pengikut Instagram yang disifatkan melampau dan keterlaluan daripada mengikuti perkembangannya di laman tersebut.

"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam Asrama-Ra All Stars, Saleha berkata ini adalah kali kedua dia akan muncul di pentas teater.

Jelas Saleha, persembahan teater memberikannya kepuasan berbeza berbanding drama dan filem namun terpaksa menolak banyak tawaran daripada produksi kerana komitmen penggambaran.

"Kali terakhir saya berlakon teater adalah pada tahun 2009 iaitu Stage Theraphy dan saya cukup teruja apabila akhirnya dapat kembali ke pentas teater.

"Bukan tiada tawaran sebelum ini tetapi kekangan masa membuatkan saya terpaksa menolak kerana untuk berlakon teater kita ken berikan komitmen penuh," ujarnya.

Gambar inilah yang menjadi kontroversi.


Teater arahan Khairunazwan Rodzy itu bakal dipentaskan di KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober depan dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sherry Al-Hadad, Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Dira Abu Zahar dan Amerul Afendi.


Tiket untuk menyaksikan teater berkenaan dijual pada harga RM40 (tempahan awal) dan RM50. Tempahan dan pembelian boleh menghubungi Nik Chip Afiq di talian 010-7603101.




Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook dan Twitter:  Revolution Stage. Mstar
Gambar Diana Danielle "Tertonjol" Cetus Kontroversi

SEJAK berkahwin dan bergelar ibu, macam banyak pula kontroversi yang menghimpit pelakon Diana Danielle.
Sebelum ini, Diana dilapor bergaduh dan tidak berbaik dengan ibu kandungnya dan terbaharu, pelakon cantik ini terpalit kontroversi apabila pakaian ketat yang dipakainya dikutuk sebilangan besar pengikutnya di laman sosial.
Ramai yang menegur t-shirt berkolar berwarna putih yang dipakainya kelihatan sangat ketat sehingga menampakkan susuk payudaranya selain kesan pakaian dalam yang dipakainya.

Ada juga yang memberikan komen seolah-olah Diana bertelanjang dengan penampilannya ketika menjadi artis jemputan untuk program Meletop kelolaan Nabil Ahmad dan Neelofa, Selasa lalu.
Diharap Diana mengambil kira dan mempertimbangkan komen-komen positif yang diberikan, yang mana sesuai dengan imejnya kini yang sudah bergelar ibu kepada cahaya mata comel, Muhammad.
Mungkin ada betulnya kata-kata peminat tu.. apa pula kata anda, ketat sangat ke baju Diana ni? – MYNEWSHUB.CC
Amy (Grand) Mengaku Salah Larikan Wang Lan (Kristal)



PETALING JAYA: Bekas penyanyi kumpulan Grand iaitu Amy mengaku salah dan  berjanji untuk menjelaskan segala hutang-hutangnya kepada individu terlibat secara berperingkat.

Amy atau nama sebenarnya Zuraimi Remeng yang popular pada awal tahun 2000 berkata, dia tidak berniat untuk menipu sesiapa dan memohon maaf terhadap kesilapannya itu.

“Dengan rendah diri saya ingin memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan saya di FB (Facebook), kenalan dan saudara-mara. Terutama sekali ahli keluarga saya, sekiranya tanpa sengaja saya telah mendatangkan kesan buruk terhadap kamu semua.

“Dengan nama Allah saya tidak menafikan bahawa saya ada membuat kesalahan tetapi tidak berniat menipu, kerana sebab musabab yang tidak dapat saya jelaskan,” katanya dalam posting Facebook miliknya yang dicatatkan kira-kira pukul 9.30 malam Rabu.




Terdahulu pada Isnin lalu mStar Online melaporkan luahan hati penyanyi  Kristal iaitu Razlan yang kecewa apabila bekas vokalis kumpulan muzik yang juga pengurus acara telah melarikan wang persembahan pentasnya berjumlah ribuan ringgit.

Razlan atau lebih dikenali sebagai Lan turut memuat naik gambar penyanyi berkenaan di laman Instagram miliknya pada 31 Ogos lalu dengan memberi amaran untuk mengambil tindakan jika individu itu gagal mengembalikan wang berkenaan.

Lan dijemput menjayakan acara karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor pada 24 Ogos lalu yang turut dikendalikan oleh bekas vokalis tersebut.

Dalam pada itu Amy turut berasa terhina dengan apa yang telah berlaku kerana pendedahan berkenaan mengaibkannya, menutup periuk nasi serta merosakkan hubungan kekeluargaan.


Malah katanya, ia juga memberi kesan kepada isteri dan anak-anaknya yang turut menerima tempias berkenaan.



"Saya harap kepada yang tidak berkenaan tu janganlah menambah minyak di dalam api, kerana ia belum berlaku pada diri kamu.

“Walau apa pun saya manusia biasa dan akan laksanakan tanggungjawab saya sebagai manusia untuk membayar semula hutang piutang itu selagi ada nafas ini tetapi berilah saya masa,” tulis Amy dalam FB miliknya.

Sementara itu Lan dalam satu mesej WhatsApp yang dikirimkan kepada mStar Onlinepada malam Rabu tidak lagi mempercayai kata-kata bekas anggota kumpulan Grand itu.

Ujar Lan, individu itu gemar menggunakan ayat-ayat manis untuk memperdayakan orang.

"Saya akan selesaikan perkara ini mengikut lunas undang-undang. Saya sudah menyampah dengan kata-katanya. 




"Sebelum (saya) tau pasal dia kaki penipu, bolehlah terima kata-katanya tetapi bila dah kena (tipu), sorry la,” tegas Lan.
Datuk Ramli MS Dan Alyah SAH Sudah Nikah Lebih Setahun!


SAH nikah! Itulah status komposer terkenal Datuk Ramli MS dan penyanyi Alyah sejak lebih setahun yang lalu.

Perkara itu didedahkan menerusi laporan Berita Harian selepas sembilan pegawai JAIS mengunjungi kediaman mewah komposer itu di Bandar Kinrara, pagi tadi.
Ketika itu, kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu dan penyanyi itu sendiri berada di dalam banglo tersebut.

Laporan itu turut menyebut Ramli dan Alyah sudah bernikah di Batam, Indonesia, namun belum mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini.

Menurut sumber, pasangan itu akan ke pejabat JAIS untuk memberikan kenyataan serta bukti pernikahan bagi tujuan pendaftaran.

Pada masa yang sama, Ramli dikhabarkan tenang dan ketawa ketika mengiringi para pegawai tersebut keluar dari kediamannya.

Apapun, pendedahan ini secara tidak langsung sudah menjawab persoalan mengenai status Ramli dan Alyah selama ini.
Cuma peliknya, mengapa susah sangat hendak mengaku bernikah ya? Hmm…

Jepp (Sepahtu) Luah Perasaan Sering Difitnah Orang

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Jep (Sepahtu) kesal apabila dia sering menjadi sasaran pihak-pihak tertentu yang cuba mengaitkannya dengan pelbagai tuduhan seolah-olah mahu menghancurkan kerjaya seninya.
Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri  Zainal Abidin, 29, bagaimanapun berkata, dia sentiasa cuba bersikap positif tentang perkara itu selain menganggap ia asam garam kerjaya dalam dunia artis.

"Saya sendiri tidak tahu siapa yang sebarkan pelbagai cerita tidak benar mengenai saya atau ia sekadar direka oleh pihak tertentu.

"Sebab itu kadang-kadang bila wartawan menelefon, saya tidak jawab panggilan itu kerana dakwaan yang timbul bukan daripada saya.

"Jadi mengapa saya perlu jawab tentang perkara yang saya sendiri tidak tahu," katanya kepada mStar Online.

Jep ditemui pada majlis pelancaran Siri Jelajah Malaysia Super Lawak FC di Publika Solaris Dutamas di sini, Selasa.

Pelawak itu berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar mingguan baru-baru ini yang mendakwa dia dipulaukan oleh rakan-rakan artis lain ekoran sikapnya yang dikatakan sudah berubah.

Dalam pada itu, Jep menegaskan dia tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana pihak sepanjang terlibat dalam bidang seni.
Malah kata Jep, dia juga tidak menjalinkan hubungan akrab dengan rakan pelawak lain dan hanya bertemu sekiranya terlibat dalam program sama sahaja.

"Saya akui memang saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana pelawak kerana saya ada kehidupan sendiri dan bukannya kerana dipulaukan ataupun bersikap sombong.

"Bagi saya melawak adalah kerjaya dan saya bukan pelawak apabila turun dari pentas malah saya juga seorang manusia biasa yang ada kehidupannya sendiri seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, Jep mengakui gosip dan kontroversi mengenai dirinya banyak tersebar selepas kemenangannya dalam beberapa majlis anugerah baru-baru ini.

"Saya tidak tahu kenapa selepas menang beberapa anugerah semakin banyak gosip yang timbul tentang diri saya biarpun saya jarang berada di Kuala Lumpur kerana pulang ke kampung jika tiada rakaman sebarang program.

"Itu pun ada orang masih menabur pelbagai fitnah terhadap saya. Itu yang buat saya pelik," jelasnya.
Cinta Kamal Adli & Intan Ladyana Berakhir


KUALA LUMPUR: Hubungan pasangan pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli yang dibina sejak enam tahun lalu akhirnya bernokhtah apabila kedua-dua mereka putus cinta.
Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama yang dilakukan pada akhir Ramadan lalu.

"Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.

"Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama," jelasnya ketika ditemui semasa sidang akhbar Anugerah Lawak Warna di Hotel Istana di sini, pada Isnin.

Intan berkata, biarpun hubungan tersebut sudah berakhir, ia tidak menghalang untuk mereka berhubung sebagai rakan biasa.
Pelakon yang popular menerusi filem Adnan Sempit itu menjelaskan, dia tidak keberatan sekiranya digandingkan bersama-sama dalam lakonan dan akan bertindak secara profesional.
"Kalau diikutkan saya kini berasa lega setelah berterus terang mengenai hubungan kami. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan," ujarnya.

Sementara itu, Kamal, 28,  yang dihubungi mStar Online terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Intan itu.

Malah aktor itu enggan memberi komen mengenai perkara tersebut dan meminta semua pihak supaya memberi ruang kepada mereka berdua.

"Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu.

"Dan berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham,” pintanya.
Powered by Blogger.