PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha tidak menganggap gambar yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini sebagai keterlaluan dan lucah.
Siti Saleha, 24, berkata, sebagai seorang selebriti dia sedar pergerakannya diperhatikan peminat dan sentiasa berhati-hati sekiranya ingin berkongsi gambar peribadi dalam laman sosial.
"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik.
"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial," katanya kepada mStar Online.
Saleha ditemui pada sidang media teater Asmara-Ra All Stars yang diadakan di Kaki Seni SS2 Mall di sini pada Selasa.
Saleha mengulas mengenai sekeping gambarnya yang dirakamkan daripada bahagian belakang badan sambil duduk di atas kayu di tepi pantai.
Pengikut profilnya menganggap gambar tersebut sebagai lucah dan Saleha menerima pelbagai kritikan daripada pengikut di laman sosial tersebut.
Dalam pada itu, Saleha berkata, dia tidak terlalu memberi perhatian terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap ia perkara biasa.
Bagaimanapun dia mengakui ada menyekat pengikut Instagram yang disifatkan melampau dan keterlaluan daripada mengikuti perkembangannya di laman tersebut.
"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka," ujarnya.
Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam Asrama-Ra All Stars, Saleha berkata ini adalah kali kedua dia akan muncul di pentas teater.
Jelas Saleha, persembahan teater memberikannya kepuasan berbeza berbanding drama dan filem namun terpaksa menolak banyak tawaran daripada produksi kerana komitmen penggambaran.
"Kali terakhir saya berlakon teater adalah pada tahun 2009 iaitu Stage Theraphy dan saya cukup teruja apabila akhirnya dapat kembali ke pentas teater.
"Bukan tiada tawaran sebelum ini tetapi kekangan masa membuatkan saya terpaksa menolak kerana untuk berlakon teater kita ken berikan komitmen penuh," ujarnya.
Gambar inilah yang menjadi kontroversi. |
Teater arahan Khairunazwan Rodzy itu bakal dipentaskan di KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober depan dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sherry Al-Hadad, Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Dira Abu Zahar dan Amerul Afendi.
Tiket untuk menyaksikan teater berkenaan dijual pada harga RM40 (tempahan awal) dan RM50. Tempahan dan pembelian boleh menghubungi Nik Chip Afiq di talian 010-7603101.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook dan Twitter: Revolution Stage. Mstar
Siti Saleha Komen Dituduh Bergambar Lucah
Reviewed by Unknown
on
18:58
Rating:
No comments: