KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Jep (Sepahtu) kesal
apabila dia sering menjadi sasaran pihak-pihak tertentu yang cuba
mengaitkannya dengan pelbagai tuduhan seolah-olah mahu menghancurkan
kerjaya seninya.
Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, bagaimanapun berkata, dia sentiasa cuba bersikap positif tentang perkara itu selain menganggap ia asam garam kerjaya dalam dunia artis.
"Saya sendiri tidak tahu siapa yang sebarkan pelbagai cerita tidak benar mengenai saya atau ia sekadar direka oleh pihak tertentu.
"Sebab itu kadang-kadang bila wartawan menelefon, saya tidak jawab panggilan itu kerana dakwaan yang timbul bukan daripada saya.
"Jadi mengapa saya perlu jawab tentang perkara yang saya sendiri tidak tahu," katanya kepada mStar Online.
Jep ditemui pada majlis pelancaran Siri Jelajah Malaysia Super Lawak FC di Publika Solaris Dutamas di sini, Selasa.
Pelawak itu berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar mingguan baru-baru ini yang mendakwa dia dipulaukan oleh rakan-rakan artis lain ekoran sikapnya yang dikatakan sudah berubah.

Dalam pada itu, Jep menegaskan dia tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana pihak sepanjang terlibat dalam bidang seni.
Malah kata Jep, dia juga tidak menjalinkan hubungan akrab dengan rakan pelawak lain dan hanya bertemu sekiranya terlibat dalam program sama sahaja.
"Saya akui memang saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana pelawak kerana saya ada kehidupan sendiri dan bukannya kerana dipulaukan ataupun bersikap sombong.
"Bagi saya melawak adalah kerjaya dan saya bukan pelawak apabila turun dari pentas malah saya juga seorang manusia biasa yang ada kehidupannya sendiri seperti orang lain," katanya.
Sementara itu, Jep mengakui gosip dan kontroversi mengenai dirinya banyak tersebar selepas kemenangannya dalam beberapa majlis anugerah baru-baru ini.
"Saya tidak tahu kenapa selepas menang beberapa anugerah semakin banyak gosip yang timbul tentang diri saya biarpun saya jarang berada di Kuala Lumpur kerana pulang ke kampung jika tiada rakaman sebarang program.
"Itu pun ada orang masih menabur pelbagai fitnah terhadap saya. Itu yang buat saya pelik," jelasnya.

Jepp (Sepahtu) Luah Perasaan Sering Difitnah Orang
Reviewed by Unknown
on
16:44
Rating:
No comments: