Destinasi pelancongan pertama yang ingin dikongsi ialah Sabah!
Terdapat
banyak tempat yang menarik di Sabah, dan kali ini nak highlight
beberapa tempat yang paling menarik pada aku, mengikut route yang mudah.
Destinasi dalam perancangan kali ini ialah ;
- Kundasang
- Kinabalu Park
- Poring Hot Spring, Ranau
- ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti (Ranau)
- Desa Dairy Farm (New Zealand ala Malaysia)
- Tip of Borneo – Tanjung Simpang Mengayau, Kudat
- Tanjung Lipat
- Pulau Manukan
- Pasar Malam Kampung Air
- Pasar Filipina
Banyak bukan? Kalau rasa banyak sangat dan tak sempat, sila skip ye..hihihi.
Perancangan.
Okey,
sebelum memulakan sesi jelajah, rancang percutian anda mengikut keadaan
semasa/cuaca, ye lah, nanti kalau tiba time musim hujan atau cuti
sekolah yang pack, jangan menyesal…sebab bercuti di Sabah, masa dan
jarak perjalanan ke satu satu destinasi adalah sangat panjang (tapi
enjoy!)
Selepas itu, jangan lupa untuk merancang/booking tempat penginapan dan kenderaan.
Nak berjalan-jalan di Sabah ni tak susah, signboard semua mudah dan teratur, dan cara yang paling mudah ialah dengan menyewa kereta, dan pakej sewaan kereta yang ditawarkan juga sangat banyak, cuma Google sahaja
dan pilih pakej yang anda mampu. Memilih kereta sewa yang baik dan
selesa adalah penting bagi menjamin keselamatan dan memastikan agar
tiada gangguan sepanjang bercuti bagi mengelakkan sindrom – Hilang Mood! Haha…
Jom kita mula!
Destinasi Pelancongan Menarik Di Malaysia – Sabah
Sampai sahaja di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) (selalunya
kira-kira pukul 2.30 ptg) dan jangan buang masa, terus hubungi tauke
kereta sewa. Pung-pang-pung-pang selepas check dan berpuas hati, dengan
tanpa melengahkan masa, korang terus menuju ke Kundasang. Perjalanan dari Kota Kinabalu (KK) ke Kundasang ambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Bergantung juga keadaan cuaca dan trafik.
#Tips
: Sedikit hint, keadaan perjalanan ke Kundasang adalah kurang lebih
sama dengan situasi jalan ke Cameron/Genting Highland yang berliku-liku
dan mendaki sepanjang masa. Sila bertabah dan berhati-hati! Dan lebih
baik korang solat dulu kat KKIA / masjid kat sekitar KK sebab jarang
perasan ada musollah sepanjang perjalanan ke Kundasang tu.
Sebelum sampai di Kundasang, singgah sebentar di Pekan Nabalu. Di situ ada pasar kraftangan dan juga menara untuk posing2 camwhore. Hihi.
Di Kundasang ada banyak resort yang korang boleh pilih. Selalunya yang menjadi pilihan ialah
- Perkasa Hotel (Mt. Kinabalu Heritage Resort & SPA) Kundasang; ataupun
- Kinabalu Pine Resort (Alpine)
Pemilihan
dua tempat penginapan ini adalah – korang takkan regret dengan
pemandangan dan keindahan landscape berlatarkan Kinabalu yang sangat
awesome!!
Selain
itu banyak juga homestay-homestay atau rumah tumpangan di sekitar pekan
Kundasang, kena pandai Tanya hencik Google lah ye.
#Tips : Make sure korang ada kompas / app yang boleh tunjuk arah kiblat untuk memudahkan korang nak solat .
Singgah sebentar di Pekan Kundasang, kat situ ada KFC uols!, tapao-lah!
Atau boleh beli makanan ringan di kedai-kedai runcit di situ.
Kalau
sampai dalam jam 5-6 petang, dah mula gelap, berkabus dan sangat
dingin!!! Silakan standby jaket/sweather/selendang. Selepas dah check in
tu feeling2 oversea sikit lah lepak-lepak sekitar hotel sambil
menghembus nafas berkabus ala-ala winter sonata. Hahaha.
#Tips : Waktu berlalu adalah terasa sangat pantas di Sabah ye, jam 4-5 pagi dah cerah, so tidur awal, nanti menyesal!
Destinasi hari kedua ; Kinabalu Park untuk
menyaksikan puncak Gunung Kinabalu dari jarak dekat dengan
sejelas-jelasnya, Subhanallah, cantik sangat!! Kat sini nanti korang
boleh tengok kegigihan sang porter,
penduduk tempatan yang ambil upah tolong angkat barang-barang pendaki
gunung, sekali angkat dekat 100 kg, setakat tong gas? Turun naik gunung
balik hari je dik…ko mampu? Hahaha!
#Tips
: Bayaran masuk ke Kinabalu Park adalah RM3.00/seorang, dan tiket ini
boleh digunakan untuk ke destinasi seterusnya, sila simpan!
Seterusnya, jom ke Poring Hot Spring di Ranau,
kira-kira 1 jam perjalanan gak lah dari Kinabalu Park. Tunjukkan tiket
masuk ke Kinabalu Park kat kaunter Poring Hot Spring untuk mendapatkan
pengecualian bayaran tiket masuk. Kat
sini memang meriah dengan orang ramai yang datang dengan kawan-kawan
dan ahli keluarga masing-masing untuk mandi air panas. Kalau korang nak
privasi, bolehlah bayar dalam RM15 – RM20 sejam untuk bilik tertutup. Sangat selesa dan syiok..!
Bila
dah puas dan penat mandi, perut pun jadi lapar, ada sebuah restoran kat
sini yang dijamin sebagai halal dan Gred A Kebersihan Premis Makanan.
Namanya Rainforest Restaurant. Makanannya memang sedap, saiz hidangannya pun besar, harga? Standard harga tempat pelancongan lah..huhuhu!
Selepas tu boleh sambung perjalanan ke ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti yang terkenal dengan fish massage.
Tempat ini di Ranau juga, lebih kurang 15 minit dari Poring Hot Spring.
Bayaran masuk adalah RM5.00 seorang untuk di’massage’ selama 20 minit.
Mula-mula tu ada gak rasa takut / geli nak kena ‘urut’ ni tapi lama-lama
tu baru rasa enjoy. Lagi enjoy dari amoi! Erkkk…. Hihi!
Selepas itu boleh patah balik ke Kundasang untuk ke Desa Dairy Farm (DDF) a.k.a
New Zealand Malaysia. Korang jangan tergezut lak dengan keadaan jalan
masuk ke DDF yang agak mencabar tu. As long as korang nampak signage
lembu DDF, percayalah yang itu adalah jalan masuk ke situ. Hehe. Bayaran
masuk adalah RM4.00 seorang.
Kalau
timing baik, boleh tengok sekali proses perahan susu lembu (selalunya
jam 3.00 petang), dan jika cuaca sangat baik, viewnya adalah sangattttt
New Zealand, feeling2 drama Dejavu Kinabalu juga!! Hahaha..
#Tips
: Keadaan angin di sini bukan sepoi-sepoi bahasa tau, tapi…derasnya
sehingga boleh menutup pintu kereta! Tapi memang nyaman sekali sebab
udara yang sangat fresh!!!
Sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu, sila-silakan singgah di Pekan Kundasng semula,
sekitarnya ada gerai-gerai menjual sayur-sayuran yang sangat segar,
crispy dan manis. Memang lain rasanya dari sayur kat pasar biasa! Huhu!
Cuba-cuba juga cari Buah Tarap kat Kundasang. Orang kata sedap. Ala-ala rasa durian + cempedak / nangka.
Dalam
perjalanan kembali ke Kota Kinabalu, sambil-sambil buat confirmation
untuk hotel penginapan di sana, jangan lupa singgah di Tamparuli (yang femes amos lagu Jambatan Tamparuli tuuuu!) untuk melawat ke Rumah Terbalik. Haaa… Ya betul, semua terbalik, perabot sampai ke kereta kat porch dia tu pun terbalik. Jangan pening sudah. Hehehe..
Kalau penat nak singgah makan seafood di Pasar Malam Sinsuran, atau Jesselton Point, atau jalan-jalan area Kinabalu Waterfront, duduk hotel, order Pizza je lah! Huhu!
#Tips : Kat KK takde PHD (1300-82-2020) tapi ada Pizza Hut je (1300-88-2525). So jangan buang masa call nombor PHD :p
Pada keesokan paginya, jelajah diteruskan ke Tip of Borneo – Tanjung Simpang Mengayau yang terletak kat Kudat.
Memang sangat jauh perjalanan, lebih 3 jam dari KK. So, kalau tak
larat, sila skip! FYI, Tip of Borneo ni terkenal sebagai salah satu
‘tanduk’ negeri Sabah (sila tengok peta ye) dan tempat pertemuan dua
laut iaitu Laut China Selatan serta Laut Sulu.
#Tips
: Kalau korang nak ke Kudat, lebih berbaloi rasanya kalau korang stay 1
malam sebab ada banyak masa untuk mandi laut, melawat Gombizau Honey
Bee Farm, Kampung Bavanggazo (Rungus Longhouse), Kampung Sumangkap Gong
Factory etc.
Pada sebelah malamnya, sampai kembali di KK, jom dinner kat Tanjung Lipat.
Sedap makanannya dan macam-macam ada, dari seafood, sate, BBQ,
kuih-kuih, banyak lagi laa. Sebelum balik ke hotel, kitorang singgah
dulu kat Pasar Malam Kampung Air (area Bandar KK; ia bukan kampong, tengah Bandar je sebenarnya, tapi dulu2 kampung lah…) yang
ada jual macam-macam barangan berasaskan mutiara macam kerongsang,
butang baju melayu, gelang tangan, jam tangan, etc. Di sini juga ada
jual baju-baju tshirt pelancong tu yang murah-murah. Ala-ala downtown
pun ada jugak, tapi tutup awal daa!
Aktiviti terakhir yang dicadangkant ialah Island Hopping ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Kos dia dalam RM25 seorang + caj untuk goggle mask dan life jacket dalam RM5 per
item + service tax + bayaran masuk ke pulau. Tak hingat la bape
hengget.. Air laut di pulau-pulau kat Sabah ni memang cantik. Kalah
Krabi :p
#Tips : Bawa beg kalis air untuk simpan barang berharga yang perlu dibawa mandi sama-sama. Penting ni!
Akhir sekali, sebelum pulang kereta sewa, dan berlepas pulang ke Semenanjung, perkara paling best ialah, shopping di Pasar Filipina dan juga Pasar Ikan Masin disebelahnya
yang terletak di tengah-tengah bandar KK. Barangan di sini macam sama
juga di Pasar Malam Kampung Air, mutiara, kain batik, barang perhiasan
kerang-kerangan, mutiara, kraftangan, baju tshirt, dam macam-macam lagi.
Jika anda pernah datang sekali ke sini dan kenal dengan salah seorang
peniaga di sini, jangan lupa untuk bersikap ramah dan meminta nombor
telefon beliau, mana tahu bila datang lagi boleh dapat diskaun
lagi…sebabnya minta nombor telefon? Peniaga-peniaga dalam pasar itu akan
buat rotation lokasi kiosk masing-masing dalam masa 1-2 bulan sekali.
Strategi dan adil katanya! Hahaha! Apa-apa je lah!
#Last
Tips : Sila pastikan anda bukan berhati lembut untuk tawar menawar di
kedua-dua pasar ini. Hahaha. Kelebihan memujuk dan merajuk adalah sangat
berkesan, kecuali jika musim cuti/pelancong yang pack — memang bo-layan
lah korang merajuk ke apa, ada diorang kisah??! Ahaha..
Last sekali, sebelum pulang juga, singgah sebentar di Tanjung Aru, makan seafood lagi, ada cendol, ABC, Jeli Kelapa dan yang wajib beli – JERUK-JERUKAN!
SUMBER:
Tempat Menarik Wajib Dilawati Jika Berkunjung Ke Sabah
Reviewed by Unknown
on
06:39
Rating:
No comments: