MEMBAKUT: Seramai 16 penumpang cedera ringan apabila bas membawa 48
penumpang terbalik selepas cuba mengelak kenderaan pacuan empat roda di
hadapannya yang berhenti secara tiba-tiba di Kilometer 27, Jalan
Papar-Beaufort, dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 5.20 petang, semua yang cedera dipercayai akibat
terhantuk masih belum dikenal pasti dan sudah dikejarkan ke Hospital
Papar untuk rawatan lanjut.
Bas membawa 33 penumpang lelaki, 10 wanita dan lima kanak-kanak itu dalam perjalanan dari bandar raya
menuju ke Sipitang dipercayai mengelak dari merempuh sebuah kereta di
hadapannya lalu terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam parit dan
terbalik.
Kejadian menyebabkan penumpang terpaksa memecahkan cermin bas untuk keluar dari bas berkenaan.
Kejadian menyebabkan penumpang terpaksa memecahkan cermin bas untuk keluar dari bas berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan
kecemasan pada jam 6.02 petang sebelum mengarahkan sepasukan bomba ke
tempat kejadian.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Superintendan Ismadi Borhan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
16 Penumpang Cedera, Bas KK - Sipitang Terbalik Elak Kereta 4WD
Reviewed by Unknown
on
06:05
Rating:
No comments: