Performance

Technology

Results for Seram
GEMPAR - CCTV Rakam Hantu Parkir Di Rempuh Perodua Kelisa GEMPAR - CCTV Rakam Hantu Parkir Di Rempuh Perodua Kelisa Reviewed by Unknown on 16:45 Rating: 5
Palm Mall Seremban Dihantui Benda Misteri Palm Mall Seremban Dihantui Benda Misteri Reviewed by Unknown on 05:53 Rating: 5
Wajah misteri muncul dalam sebuah foto Wajah misteri muncul dalam sebuah foto Reviewed by Unknown on 22:23 Rating: 5
Gambar Pontianak Dirakam CCTV Dekat Pondok Tol Lekas  Gambar Pontianak Dirakam CCTV Dekat Pondok Tol Lekas Reviewed by Unknown on 23:03 Rating: 5
VIDEO: CCTV Rakam Hantu Jual SuratKhabar Di Kuala Lumpur VIDEO: CCTV Rakam Hantu Jual SuratKhabar Di Kuala Lumpur Reviewed by Unknown on 03:20 Rating: 5
Kisah Penjara Paling Menakutkan, Mengorbankan 40 Juta Nyawa Kisah Penjara Paling Menakutkan, Mengorbankan 40 Juta Nyawa Reviewed by Unknown on 21:33 Rating: 5
13 Peristiwa Hitam Yang Berlaku Pada Friday The 13th 13 Peristiwa Hitam Yang Berlaku Pada Friday The 13th Reviewed by Unknown on 00:18 Rating: 5
GEMPAR - CCTV Rakam Hantu Parkir Di Rempuh Perodua Kelisa


VIDEO: Makhluk Apakah Yang Kereta Ini Langgar?

BAYANGKAN ketika anda sedang memandu, tiba-tiba ada 'objek' yang muncul dihadapan kenderaan anda, apa agaknya reaksi anda?

Mungkin itulalah yang dialami oleh pemandu dalam video di bawah ini. Dia telah melanggar satu lembaga hitam yang berbulu

Kelam-kabut dia memberhentikan keretanya...namun setelah diamati, tiada apa pun yang berlaku!

Kejadian ini dirakamkan oleh CCTV di Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi, mungkinkah ini yang selalu disebut-sebut orang sebagai 'lintasan' ?

LIHAT VIDEO DIBAWAH: 





Palm Mall Seremban Dihantui Benda Misteri

Nak diikutkan memang pelik bunyinya tapi sebuah pusat beli belah besar yang boleh dikira baru dibuka di Seremban dikhabarkan tidak meletakkan cermin di dalam tandasnya.

Dengar khabar ada cerita mistik di sebalik tindakan ini iaitu mengelak gangguan yang gemar muncul jika terdapat cermin dalam tandas.

Mengikut cerita yang kini tersebar di laman sosial, kisah seram di tandas pusat beli belah ini bukan rahsia lagi malah ia pernah disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina.



Selain tandas, pengunjung juga didakwa mengalami gangguan aneh ketika menonton wayang termasuk kaki tiba-tiba ditarik atau rambut terasa seperti diusik.


 Benarkah dakwaan ini atau ia sekadar untuk menjejaskan pusat beli belah yang terbengkalai selama 10 tahun sebelum beroperasi ini?
Hanya mereka yang pernah mengalami pengalaman seram di sini dapat memberikan kepastian

Wajah misteri muncul dalam sebuah foto


Seperti yang dilaporkan oleh Stomp, Rabu (13/8/2014), Sekumpulan wanita sedang bergambar di tempat kerjanya. Kemudian mereka tersedar ada lembaga lain yang terakam kamera telefon bimbit.

Wajah perempuan misteri yang muncul dalam gambar itu menjadi perbincangan para pengguna internet dan ia didakwa sebagai gambar menyeramkan yang pernah ada oleh forum online.

Sehingga kini masih belum diketahui di mana foto menyeramkan tersebut dirakam
 Gambar Pontianak Dirakam CCTV Dekat Pondok Tol Lekas


Kalau nak kata betul, sekarang ni budak-budak pun dah pandai edit gambar.
Tapi gambar makhluk memakai baju putih dan berambut mengurai atau lebih dikenali sebagai pontianak berdekatan pondok tol ini giat dikongsikan di laman sosial.
Ada yang kata kejadian dirakam di Tol LEKAS namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Satu yang pasti, selain manusia memang ada makhluk lain di dunia ini yang kalau boleh kita tak nak nampak dia. –
VIDEO: CCTV Rakam Hantu Jual SuratKhabar Di Kuala Lumpur



Seram! rakaman video CCTV di sebuah bulatan yang agak sibuk, kejadian ini dikatakan di rakam di Kuala Lumpur pada 29 Apr 2014. Dalam kesibukan kota raya Kuala Lumpur kelihatan seorang tua sedang duduk di kerusi sambil menjual suratkhabar.


Dalam rakaman CCTV kelihatan ada pelanggan yang membeli akhbar yang dijual oleh orang tua misteri itu. Apa yang menyeramkan...cuba anda perhatikan baik-baik rakaman video ini...tiba-tiba orang tua yang menjual akhbar itu ghaib secara tiba-

tiba dengan meja dan akhbar-akhbarnya sekali tanpa di sedari oleh orang ramai.

Siapakah si penjual akhbar misteri ini? adakah hantu atau roh yang tidak tenteram sedang berkeliaran...



Kisah Penjara Paling Menakutkan, Mengorbankan 40 Juta Nyawa

Amerika Syarikat penjara Alcatraz yang dikenali sebagai penjara paling seram di dunia atau Brazil dengan Penjara Carandiru sebagai penjara terkejam masa kini yang pernah menelan korban ramai banduan dalam rusuhan besar-besaran. Namun Rusia (dulu USSR) mempunyai penjara yang paling menakutkan di dunia, iaitu Glavnoe Upravlenie Lagerei (Penjara Gulag). 



Penjara ini di bina semasa pemrintahan rejim Joseph Stalin yang merupakan diktator Soviet Union yang mendapat julukan "Steel Man" (lelaki besi) berkuasa. Beliau memerintah dari tahun 1922-1953. Selama beliau berkuasa ia dianggarkan telah memerintahkan pembunuhan sekitar 30 juta jiwa warga Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Soviet). Pejara yang menakutkan adalah kerana 40 juta orang tewas di Penjara Gulag.




Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag. Penjara Gulag tidak ubah seperti neraka pembawa kematian. Jumlah orang yang mati di sini 7 kali lebih banyak dari jumlah korban yang meninggal akibat bencana. Kekejaman penjara Gulag semakin kuat kerana lokasinya yang berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia yang suhunya selalu sejuk. 

Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibunuh ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para banduan dipaksa bekerja berat. Kemudian mereka kembali ke dalam kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri.




Penjara ini ditutup pada tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin. Namun ketika ini kita masih boleh melihat bekas-bekas runtuhan bangunan. Rel-rel Kereta Api yang digunakan untuk membawa tahanan masuk. Inilah salah satu saksi bisu kematian tahanan, ramai daripada mereka yang melompat dari Kereta Api yang hendak dibawa ke dalam penjara.




Jika masuk lebih dalam, kita boleh melihat bagaimana kem kayu yang dihuni para tahanan. Namun, bekas tempat makan dari aluminum yang digunakan sebagai bekas catuan para banduan masih ada di sana.












13 Peristiwa Hitam Yang Berlaku Pada Friday The 13th
Mari lihat apakah peristiwa hitam yang berlaku pada hari yang dianggap malang bagi semua orang ini. 




Powered by Blogger.