Performance

Technology

Results for Pendidikan
Pelajar Perlu Faham Kepentingan Peperiksaan MUET Pelajar Perlu Faham Kepentingan Peperiksaan MUET Reviewed by Unknown on 00:25 Rating: 5
Borang Pendaftaran Dan Kalendar Jadual MUET 2014 Online Borang Pendaftaran Dan Kalendar Jadual MUET 2014 Online  Reviewed by Unknown on 02:25 Rating: 5
Mata Pelajaran Sejarah Membosankan, Sampai Bila? Mata Pelajaran Sejarah Membosankan, Sampai Bila? Reviewed by Unknown on 03:32 Rating: 5
Permohonan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015 Online Permohonan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015 Online Reviewed by Unknown on 00:55 Rating: 5
Semakan Keputusan Ujian Kompetensi ICT Guru KPM Online Semakan Keputusan Ujian Kompetensi ICT Guru KPM Online  Reviewed by Unknown on 00:53 Rating: 5
Pelajar Perlu Faham Kepentingan Peperiksaan MUET


KUALA TERENGGANU - Pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam memberi pendedahan awal mengenai kepentingan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang menjadi antara syarat terhadap kursus yang ditawarkan di peringkat universiti.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, ia kerana kebanyakan pelajar tidak menganggap peperiksaan itu sebagai antara peperiksaan penting, sedangkan ia termasuk dalam syarat wajib lulus sekurang-kurangnya band 3 sekiranya ingin menamatkan pengajian di universiti.

“Berdasarkan pemerhatian, penguasaan Bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan pelajar terutama di negeri ini masih lemah. Mungkin disebabkan banyak faktor antaranya tidak membiasakan bertutur dalam BI, malu dan peluang untuk bertutur dalam kalangan masyarakat agak kurang atas faktor budaya.

“Jadi, sebolehnya kita mahu pelajar ini didedahkan mengenai kepentingan MUET sejak awal supaya mereka dapat menguasai keempat-empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Bahasa Inggeris Intensif Pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PANT), kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi Panel Penasihat Pusat Bahasa Terengganu berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong sebarang usaha bagi meningkatkan tahap penguasaan BI dalam kalangan pelajar.

Sehubungan itu, katanya, pihak lain seperti sekolah, ibu bapa, masyarakat malah pengamal media juga perlu memainkan peranan memberi kesedaran terhadap pelajar mengenai kepentingan penguasaan BI untuk masa depan mereka.

“Kerajaan negeri telah merancang pelbagai agenda untuk membantu rakyat menguasai BI, misalnya melalui program Trenglish yang bakal diperkenalkan nanti. Ia menggunakan pendekatan untuk menambahkan minat belajar BI dalam kalangan pelajar selaras dengan keadaan semasa.

“BI sekarang tidak boleh dilihat lagi hanya untuk orang Inggeris, tetapi ia termasuk dalam gaya hidup dan menjadi bahasa pertuturan sejagat. Sebab itulah ia penting bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi turut diperlukan dalam sektor pekerjaan,” katanya.
Borang Pendaftaran Dan Kalendar Jadual MUET 2014 Online
Borang pendaftaran dan kalendar aktiviti jadual MUET 2014 secara online. Kepada calon yang akan mendaftar peperiksaan Malaysian English University Test (MUET), berikut adalah maklumat penting sebagai panduan anda. Peperiksaan MUET diadakan tiga kali setahun iaitu pada sesi Mac, Julai dan November 2014. MUET adalah wajib diambil bagi semua calon yang akan mengambil program Ijazah di IPTA atau IPTS. Peperiksaan MUET juga akan diadakan di Sekolah Kerajaan dan juga di beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih.


Borang Pendaftaran MUET  2014 Online


Nota: Calon dinasihatkan membeli nombor pin MUET di cawangan Bank BSN yang berdekatan sebelum membuat permohonan secara online.
Kalendar Aktiviti MUET 2014





 
Mata Pelajaran Sejarah Membosankan, Sampai Bila?

MASALAH pelajar tidak minat mata pelajaran Sejarah bukan satu perkara baharu malah menjadi satu kebimbangan terutama apabila Kementerian Pelajaran Malaysia meletakkan mata pelajaran itu wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun lepas.
Perkara ini dibincang secara serius oleh ahli sejarawan dan akademik dalampelbagai bidang pada Sidang Kemuncak Sejarah anjuran Persatuan Sejarah Malaysia.
Tiga siri rencana ini mendalami permasalahan yang dihadapi pelajar, guru, sekolah serta insitusi pengajian tinggi serta pendekatan yang boleh diambil bagi menjadikan Sejarah, mata pelajaran yang berkesan dan diminati.
KUALA LUMPUR - Persepsi negatif terhadap mata pelajaran sejarah, yang wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat menjadi antara halangan proses pembinaan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Bagi menyingkirkan persepsi itu Kementerian Pendidikan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang antara lain untuk memperkasakan mata pelajaran yang dilabelkan sebagai membosankan, kaku dan tiada nilai komersial itu.
Ahli akademik dan sejarah berharap proses tranformasi melalui PPPM itu dapat membantu membina kekuatan jati diri yang unggul dalam kalangan generasi muda dan seterusnya melahirkan warganegara yang mempunyai identiti nasional.
Namun persoalannya, sejauhmana mata pelajaran wajib lulus bermula tahun lepas itu dapat membantu pembentukan bangsa Malaysia yang berkualiti kerana ia sering dianggap ketinggalan zaman, sukar dan membosankan.

Sejarah dan isu identiti
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Tan Sri Omar Mohd Hashim berpendapat krisis identiti yang berlaku di kebanyakan negara menyebabkan rakyatnya tidak memahami siapa diri mereka dan apakah peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya dimainkan.
Ini berikutan cabaran dunia tanpa sempadan yang semakin hebat menyebabkan generasi muda begitu mudah terdedah kepada perubahan dan keterbukaan yang boleh melunturkan kesetiaan terhadap negara dan bangsa.
Pelbagai kajian dilakukan di seluruh dunia mendapati sebahagian rakyat negara tertentu jahil sejarah sehingga menjadi fenomena sosial global yang paling mendapat perhatian sejak akhir ini.
Melihat kepada keruncingan itu, dunia mula melihat sejarah sebagai satu medium penting dalam dasar awam untuk menangani permasalahan isu identiti dan memperkasakan perpaduan.
Negara-negara Asia seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, China dan Singapura telah ke hadapan dalam transformasi pendidikan sejarah ke arah yang lebih progresif.
Malaysia tidak seharusnya ketinggalan untuk menerapkan aspek kemahiran pemikiran sejarah sebagai satu kompenan utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah.

Kurikulum berorientasikan transformatif
Menurut Omar, kebanyakan negara mula mengamalkan kurikulum yang berorientasikan transformatif bagi membolehkan pendidikan sejarah difokuskan untuk kemahiran berfikir.
"Melalui PPPM, Kementerian Pendidikan telah mengenalpasti kemahiran abad ke-21 bagi melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
"Pemikiran ke atas pendekatan dan orientasi kurikulum sejarah juga harus diberi perhatian yang besar", katanya dalam ucaptama Sidang Kemuncak Sejarah yang diadakan di Wisma Sejarah baru-baru ini.
Penumpuan hendaklah diberikan kepada usaha memperbaiki keberkesanan pendidikan sejarah di sekolah terutama menekankan dari segi kurikulum, tahap profesional guru yang tinggi, pembelajaran yang lebih aktif dan kreatif.
Tegasnya, keadaan semakin mendesak untuk memantapkan kandungan kurikulum yang menjurus kepada pembinaan bangsa dan negara.
Sudah tiba masanya, pendidikan pembinaan sejarah perlu digiatkan sebagaimana usaha-usaha meningkatkan mata pelajaran lain yang dianggap penting sepertimana Bahasa Inggeris, Sains dan Matametik.

Teknik menghafal fakta membosankan pelajar
Namun, usaha melihat subjek Sejarah berperanan dalam pembinaan bangsa masih kabur, sekiranya rungutan-rungutan yang dilontarkan pelajar berhubun mata pelajaran itu tidak dapat diatasi.
Kaedah memaksa pelajar menghafal fakta yang dipraktikkan dalam pengajaran mata pelajaran itu sejak sekian lama menjauhkan lagi pelajar dengan sejarah.
Kajian Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei Sejarah yang dilakukan oleh Rozita Ngah Mohamed dan Zaliza Md Zali pada tahun 2005 ke atas 30 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Jalan Peel mengenalpasti beberapa masalah pelajar terhadap mata pelajaran itu.
Antaranya sikap para pelajar yang malas membaca, sukar mengingati fakta, tidak berminat dengan mata pelajaran Sejarah, tidak menguasai apa yang diajar serta pembelajaran kurang berkesan.
Keadaan ini dikatakan berpunca daripada buku teks yang terlalu menekankan fakta selain kurangnya kemahiran guru untuk menghurai dan mentafsir satu-satu peristiwa sejarah yang berlaku.
Sementara itu, pensyarah pengkomputeran dan teknologi maklumat Dr Wong Seng Yue dari Universiti Taylor's dalam kajiannya ke atas 582 pelajar tingkatan empat dan 15 guru sejarah di lima buah sekolah di Kajang mendapati mereka sukar mengingati fakta sejarah.
Katanya, apabila penekanan hanya kepada bahan teks semata-mata, ia menyebabkan pelajar tidak mendapat gambaran jelas tentang peristiwa sejarah yang berlaku sekaligus menyukarkan mereka memahami dan menghayatinya.

Daya pemikiran analitikal rendah
Dalam menangani permasalahan itu, PPPM yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berupaya menjadi wadah penyelesaian kepada permasalahan itu.
Bagaimanapun, pelan yang mewajibkan mata pelajaran Sejarah wajib lulus dalam SPM bermula tahun lepas menjadi kebimbangan dalam kalangan ahli akademik kerana ia dilihat sebagai satu paksaan dan bukannya penyelesaian masalah.
Ini juga sekaligus menjejaskan proses menyemai minat dan penghayatan pelajar terhadap sejarah sebagai medium pembinaan bangsa kerana ia kini menjadi satu lagi mata pelajaran merebut kecemerlangan dalam peperiksaan.
Guru-guru pastinya akan menggunakan pelbagai kaedah bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan termasuk latih tubi bagi membolehkan pelajar mengingati tarikh, nama tokoh dan peristiwa yang berlaku.
Ia dilihat tidak akan merubah bentuk pengajaran yang diamalkan sebelum ini dan pastinya membantutkan usaha untuk melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara analisis dan kritikal seperti yang mahu dilahirkan dalam PPPM.
Kajian sebelum ini mendapati masih ramai pelajar sekolah terutama di peringkat menengah rendah masih minimum penguasaan mereka dalam mengenali sejarah sebagai elemen patriotisme, mengumpul dan merekodkan fakta sejarah.
Ini diperoleh melalui kajian Kemahiran Dan Keyakinan Pelajar Dalam Perlaksanaan Kerja Kursus Sejarah (KKS) Di Sekolah oleh Prof Dr Chan Yuen Fook dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
KKS wajib diambil setiap calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) berbentuk tugasan projek luar bilik darjah bagi memenuhi keperluan persijilan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang peka dan minat terhadap sejarah serta mampu mengamalkan unsur-unsur patriotisme.

Tidak mahir merumus dan menghuraikan fakta
Kajian yang dijalankan di beberapa buah sekolah di sembilan buah negeri itu turut mengenalpasti punca masalah itu termasuk ada pelajar yang tidak mendapat bimbingan yang cukup daripada guru selain lemah dalam Bahasa Melayu serta tidak mahir membuat rumusan dan menghuraikan fakta.
Ini menunjukkan, pelajar-pelajar belum mencapai kemahiran abad ke-21 yang menuntut pemikiran kritikal, menganalisis serta berkebolehan menguasai pelbagai bentuk komunikasi.
Kajian itu turut mencadangkan perlunya penambahbaikan dalam menjadikan KKS lebih menarik dan berupaya memotivasikan pelajar seperti mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah.
Kini, sudah tiba masanya persepsi negatif dalam kalangan pelajar terhadap sejarah perlu diubah sekiranya ingin melahirkan warga negara yang utuh jati diri nasionalnya.
Anjakan paradigma ini memerlukan kerjasama seluruh pihak dalam memasyarakat dan meremajakan lagi pengajaran mata pelajaran sejarah supaya tidak lagi dianggap sebagai satu mata pelajaran membosankan dan tidak bermanfaat kepada mereka.
Justeru, tumpuan penuh disandarkan kepada PPPM dalam merealisasikan matlamat berkenaan namun tetap menjadi persoalan tentang sejauhmanakah ia mampu mencorakkan satu penyelesaian terhadap polemik yang telah lama diperdebatkan ini.
Permohonan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015 Online

Permohonan kemasukan ke Politeknik dan ILKA Sesi 2014/ 2015 secara online. Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan online ke Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional/METrO dan ILKA akan dibuka mulai 20 Januari 2014. Calon lepasan SPM dan setaraf yang layak boleh mengemukakan permohonan untuk mengikuti Program Diploma Politeknik/ ILKA sesi Jun 2014.

Borang Permohonan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015 Online
Borang permohonan boleh dilayari menerusi http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

Syarat Am Permohonan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015
  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Tarikh Tutup Permohonan
7 April 2014

Tarikh Keputusan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015
Bulan May 2014 (akan dikemaskini)

Pendaftaran Pelajar Baru
2 Jun 2014


Semakan Keputusan Ujian Kompetensi ICT Guru KPM Online

Semakan keputusan status ujian kompentensi ICT Bahagian Pendidikan Guru KPM secara online. Kepada guru dan pentadbir yang telah membuat ujian ICT secara online, semakan status ujian ICT boleh disemak mulai 30 Januari 2014. Ujian berteraskan ICT atau teknologi komputer bertujuan untuk menguji seorang guru dalam pengetahuan am komputer. Ujian ini juga merupakan komponen penting di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Semakan Status Ujian Kompetensi ICT Guru Online
Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/KompetensiICT/index.cfm


 

Powered by Blogger.