Performance

Technology

Results for Omg
Himpunan Gambar KLANG Dilanda Ribut, Puting Beliung Himpunan Gambar KLANG Dilanda Ribut, Puting Beliung Reviewed by Unknown on 03:07 Rating: 5
Bangkai Tikus Dalam Cawan Kopi Bangkai Tikus Dalam Cawan Kopi Reviewed by Unknown on 21:29 Rating: 5
Lelaki Ini Mengaku Buat PROJEK Dengan 700 Buah Kereta Lelaki Ini Mengaku Buat PROJEK Dengan 700 Buah Kereta Reviewed by Unknown on 16:48 Rating: 5
GAMBAR: Uniform Pramugari VietJet Yang Melampau GAMBAR: Uniform Pramugari VietJet Yang Melampau Reviewed by Unknown on 23:55 Rating: 5
PANAS - Pelanggan Jumpa Cacing Dalam Tin Sardin? PANAS -  Pelanggan Jumpa Cacing Dalam Tin Sardin? Reviewed by Unknown on 03:17 Rating: 5
Ini Dia Klon Shah Rukh Khan n! Ini Dia Klon Shah Rukh Khan n! Reviewed by Unknown on 23:04 Rating: 5
PANAS - Rumah Penjawat Awam Disembur Cat Merah (4 Gambar) PANAS - Rumah Penjawat Awam Disembur Cat Merah (4 Gambar) Reviewed by Unknown on 23:50 Rating: 5
Rekaan PELIK Pakaian Pasukan Berbasikal Wanita Colombia Rekaan PELIK Pakaian Pasukan Berbasikal Wanita Colombia Reviewed by Unknown on 22:54 Rating: 5
Himpunan Gambar KLANG Dilanda Ribut, Puting Beliung

Klang, 21 Okt - Kejadian ribut kuat yang telah melanda Klang pada hari ini melihatkan beberapa kerosakan kepada beberapa buah rumah disini.

Beberapa video telah dimuat naik oleh penduduk yang sempat merakam kejadian yang menggerunkan itu. Di dalam video tersebut boleh dilihat atap-atap bertebangan diudara. Dilaporkan, kejadian dirakamkan di Pandamaran.

Sesetengah dari mereka menyifatkan ribut kuat ini sebagai 'puting beliung kecil' kerana bentuknya yang seakan-akan puting beliung dan kekuatannya sehingga menerbangkan atap-atap rumah bangunan tinggi.








Bangkai Tikus Dalam Cawan Kopi


SEORANG lelaki tidak menyangka akan menemui bangkai anak tikus di dalam cawan kopi selepas habis menghirup air tersebut yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera.


Ron Morais dari Frederiction, Kanada, berkata, anak tikus itu hanya ditemui selepas dia selesai minum kopi tersebut.

“Ketika mula minum, saya menggunakan penutup cawan, tetapi ketika buka penutup itu untuk menghirupnya sehingga habis, saya menemui anak tikus,” katanya kepada BBC.

Ron mendakwa, dia kecewa dengan perkhidmatan restoran makanan segera yang terdapat di seluruh dunia itu kerana menyajikan minuman tersebut.

Sementara itu, ibu pejabat rangkaian restoran makanan segera itu telah memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

“Kita akan meneruskan siasatan sehingga mengetahui kebenaran dakwaan tersebut, selain mengambil sampel bukti,” jelasnya.

Lelaki Ini Mengaku Buat PROJEK Dengan 700 Buah Kereta


Kerana terlalu cintakan kereta, seorang lelaki mengaku telah melakukan seks dengan lebih 700 buah kereta. Edward Smith mendedahkan perangai peliknya itu dalam satu rancangan Televisiyen bertajuk This Morning di U.K.

Edward mengaku dia mula meminati kereta ketika masih kecil, menyebabkan dia kehilangan terunanya kepada sebuah Volkswagen Beetle ketika remaja.


Tapi bagaimanakah Edward melakukan hubungan intim dengan kereta? Edward menjelaskan cara dia melakukannya adalah dengan memeluk dan memegang bentuk badan kereta dan seterusnya melakukan kepuasan fizikal yang lain..

Edward mengaku pernah 'tidur' bersama Jaguar dan Mustang. Selain itu dia juga mendakwa pernah melakukan 'threesome' di dalam bilik pameran kereta selain dari pernah melakukan seks dengan sebuah helikopter.



GAMBAR: Uniform Pramugari VietJet Yang Melampau


Dalam konsep pengiklanan wanita biasa digunakan sebagai 'pelaris' kepada satu-satu perniagaan. Biasanya wanita yang berwajah cantik akan digunakan sebagai staf atau model. Ini termasuklah perniagaan yang menawarkan servis seperti syarikat penerbangan.


Tetapi, satu syarikat penerbangan dari Vietnam, VietJet, boleh dikatakan melampau apabila pramugarinya tampil dengan hanya memakai bikini dan sarung tangan kaki, tak ubah seperti pelakon lucah dalam iklan mereka baru-baru ini.

Isu ini telah menjadi viral di internet dengan ramai yang mengkritik cubaan 'menjual' servis syarikat mereka dengan cara tersebut.






PANAS -  Pelanggan Jumpa Cacing Dalam Tin Sardin?



Bayangkan jika anda terjumpa bendasing dalam tin sardin anda.. Lagi-lagi kalau bendasing tu menyerupai makhluk-makhluk yang menggelikan.. Tak lama dulu juga tersebar isu yang kononnya sesetengah sardin mengandungin lendir siput babi dan cacing. Tetapi isu tersebut senyap begitu sahaja.


Baru-baru ini, seorang rakan kepada admin laman Facebook Penang Kini meminta admin page tersebut untuk memuat naik gambar satu tin sardin yang baru tapi mengandungi objek menyerupai cacing didalamnya!

Tak tahulah benar atau tak dakwaan tersebut tapi yang pasti penemuan ini sesuatu yang menjijikkan.





Jika benar dakwaan ini, rasanya pengilang jenama sardin ni patut dihukum keras! Mana taknya, jenama sardin ni dah diedarkan ke serata Malaysia.


Selain itu, menurut satu komen, kilang pembuat sardin ni tersebut sememangnnya kotor.



Harap pihak berwajib dapat meneliti perkara ini. Jenama sardin tersebut sudah terpampang di dalam gambar. Kepada pengguna mungkin anda boleh berhenti makan sardin jenama ini buat seketika sehingga perkara ini disahkan. - SiakapKeli.com
Ini Dia Klon Shah Rukh Khan n!



Jika anda melihat gambar diatas, nama siapa yang pertama sekali yang terlintas dalam fikiran anda? Tentu Shah Rukh Khan! Tapi jangan keliru dengan gambar tersebut kerana sebenarnya dia bukanlah Shah Rukh Khan yang sebenar. Nama lelaki berkenaan adalah M. Umair Malik, 26 , yang juga merupakan warga Pakistan.


Oleh kerana wajahnya yang nak sama dengan pelakon Shah Rukh Khan, Umair cukup popular di negaranya sebagai seorang pelakon.

Jom saksikan beberapa keping lagi gambar pelanduk dua serupa Shah Rukh Khan ini -







PANAS - Rumah Penjawat Awam Disembur Cat Merah (4 Gambar)



Melihat kepada gambar tersebut pasti semuanya dapat mengagak yang ini adalah perbuatan lintah darat atau dikenali sebagai Ah long.


Walaupun sudah banyak perkara-perkara buruk disiarkan berkaitan dengan peminjaman wang daripada Ah Long namun masih ramai lagi yang tidak mengambil iktibar dan sebagai pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapan seperti itu.

Bagaimanapun siasatan tetap perlu dilakukan kuatiri perbuatan kianat pihak-pihak tertentu.

Terbaru, empat buah rumah penjawat awam telah disembur cat merah.






Melihat kepada gambar-gambar dari sumber Daily Traffic Report, dinding serta lantai disembur dengan perkataan seperti “Menipu” dan sombol “Dolar” juga tidak menolak berkaitan dengan perniagaan MLM.



Semoga perkara ini dihentikan setakat ini sahaja dan tiada sebarangan serangan berbentuk fizikal berlaku. ─ SiakapKeli.com
Rekaan PELIK Pakaian Pasukan Berbasikal Wanita Colombia


Pasukan berbasikal wanita Colombia A yang mengambil bahagian dalam salah satu daripada acara berbasikal tersohor di Itali telah menarik perhatian umum dengan pakaian yang mereka gunakan semasa acara tersebut.

Pakaian pasukan tersebut, yang ditaja oleh kerajaan bandar Bogota, diperbuat daripada kain yang mempunyai seakan-akan warna kulit di bahagian punggung.

Warna ini seolah-olah melihatkan yang wanita-wanita dalam pasukan berkenaan tidak memakai pakaian di bahagian bawah.

Gambar-gambar pasukan berkenaan telah menjadi hit di media sosial dan ramai yang mengutuk dengan mengatakan reka bentuk baju berkenaan tidak sepatutnya dibenarkan - SiakapKeli.com
Powered by Blogger.