Performance

Technology

Results for Isu Semasa
KEJAM - Lelaki Bunuh, Potong Dan Bakar Teman Wanita KEJAM - Lelaki Bunuh, Potong Dan Bakar Teman Wanita Reviewed by Unknown on 16:47 Rating: 5
Harga Petrol RON95 Dan Diesel Naik 20 Sen Seliter Mulai Esok Harga Petrol RON95 Dan Diesel Naik 20 Sen Seliter Mulai Esok Reviewed by Unknown on 04:10 Rating: 5
Empat Murid Sekolah Mati Ditikam Seorang Lelaki Di China Empat Murid Sekolah Mati Ditikam Seorang Lelaki Di China Reviewed by Unknown on 03:00 Rating: 5
Pengguna Facebook Kena Bayar $2.99 Sebulan??  Pengguna Facebook Kena Bayar $2.99 Sebulan?? Reviewed by Unknown on 23:13 Rating: 5
Pemuda ‘Dipukau’ Untuk Tlanjang Di Skype Pemuda ‘Dipukau’ Untuk Tlanjang Di Skype Reviewed by Unknown on 16:46 Rating: 5
Anak Lari Rumah Ikut Teman Lelaki Gara-gara Ditegur Ibubapa Anak Lari Rumah Ikut Teman Lelaki Gara-gara Ditegur Ibubapa Reviewed by Unknown on 03:37 Rating: 5
Polis Siasat Doktor Wanita Malaysia Sertai Militan IS Polis Siasat Doktor Wanita Malaysia Sertai Militan IS Reviewed by Unknown on 16:55 Rating: 5
Dulu Ditampar, Kini Digertak 15 Konco Gores Dan Menang Dulu Ditampar, Kini Digertak 15 Konco Gores Dan Menang Reviewed by Unknown on 23:00 Rating: 5
KEJAM - Lelaki Bunuh, Potong Dan Bakar Teman Wanita

Bukit Mertajam: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh, memotong dan membakar mayat teman wanitanya dalam kejadian di Kampung Tok Keramat, Juru, di sini, awal pagi semalam.
Suspek dipercayai bertindak demikian untuk menyembunyikan mayat mangsa yang dikenali sebagai Intan, berusia lewat 20-an dan berasal dari Teluk Air Tawar, Butterworth yang sering berkunjung ke rumahnya.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu kemudian bersembunyi di rumah kenalannya di Bandar Baharu, Kulim, Kedah, namun berjaya dikesan dan diberkas oleh polis, pada jam 4.45 petang semalam.
Isteri saya bertambah curiga lalu memeriksa kawasan sekitar kediaman sebelummenemui serpihan tulang dengan kesan terbakardi satu lokasi kira-kira 50 meter dari rumah"
Abang ipar suspek
Abang ipar suspek yang enggan dikenali berkata, isterinya berasa tidak sedap hati selepas dimaklumkan oleh anak lelaki mereka dan jiran mengenai tindakan suspek membawa cangkul dengan badan berlumpur ke kawasan semak berdekatan rumah mereka.
"Isteri terus ke rumah adiknya dan menjumpai pakaian berlumuran darah. Adik ipar saya itu bagaimanapun terus melarikan diri menggunakan motosikal teman wanitanya, namun wanita itu tidak kelihatan pun di rumah terbabit.
Temui serpihan tulang
"Ia membuatkan isteri saya bertambah curiga lalu memeriksa kawasan sekitar kediaman berkenaan sebelum menemui serpihan tulang dengan kesan terbakar di satu lokasi kira-kira 50 meter dari rumah. Dia kemudian membuat laporan polis," katanya.
Sementara itu, Pakar Perunding Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Zahari Noor, berkata pemeriksaan terhadap tulang yang ditemui kira-kira jam 2 pagi semalam itu, mengesahkan ia milik manusia, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, berkata polis sudah membawa suspek ke lokasi kejadian untuk membantu mengesan anggota badan mangsa, manakala motif pembunuhan masih dalam siasatan. Bharian Online
Harga Petrol RON95 Dan Diesel Naik 20 Sen Seliter Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.
Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. - BERNAMA

Empat Murid Sekolah Mati Ditikam Seorang Lelaki Di China


BEIJING: Seorang lelaki menikam empat murid sekolah rendah sehingga mati di Guangxi hari ini, satu lagi kejadian dalam siri serangan terhadap kanak-kanak sejak beberapa tahun lalu.
Dalam kejadian berasingan, enam orang terbunuh terpijak di sebuah sekolah rendah di Kunming, ibu negeri wilayah Yunnan, lapor agensi berita Xinhua. Ia tidak memberi maklumat lanjut.
Polis sedang mencari lelaki pertengahan umur selepas kejadian serangan pisau itu. Lelaki itu menyerang murid sekolah berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah.
Tiga daripada mereka mati di tempat kejadian dan seorang meninggal dunia kemudian di hospital berdekatan.
Serangan itu berlaku kurang dari sebulan selepas seorang lelaki menyerang tiga kanak-kanak dan mencederakan beberapa orang di sebuah sekolah rendah di wilayah Hubei.
Jenayah ganas jarang berlaku di China berbanding kebanyakan negara lain tetapi sejak beberapa tahun ini terdapat beberapa kejadian serangan di sekolah dan kanak-kanak.
Serangan itu menyebabkan timbul desakan bagi langkah untuk meningkatkan keselamatan di sekolah di negara berkenaan di mana kebanyakan pasangan hanya mempunyai seorang anak.
Mei lalu, lelaki bersenjatakan pisau menikam dan mencederakan lapan murid di sekolah rendah di sebuah lagi bandar di Hubei. Pada Disember 2012, seorang lelaki merempuh masuk ke sebuah sekolah rendah kampung di wilayah Henan dan menikam serta mencederakan 23 kanak-kanak. - REUTERS
 Pengguna Facebook Kena Bayar $2.99 Sebulan??



Satu khabar angin yang yang mula tersebar minggu ini yang mengatakan Facebook bakal mengenakan bayaran sebanyak $2.99 (RM9.72) terhadap penggunanya bermula 1 November ini adalah tidak benar sama sekali.

Berita yang dikeluarkan pada 22 September itu (semalam) telah mendapat 87,571 likes, 83,157 shares dan juga 200,936 komen di Facebook. Selain itu, berita itu juga telah mendapat 1,736 retweet di Twitter.





Khabar angin itu bermula apabila salah satu laman web yang menyebarkan berita palsu, National Report, mula menyebarkan artikel mengenai perkara berkenaan. Yang peliknya, berita berkenaan mendapat liputan meluas menyebabkan kekeliruan dalam pengguna.

Selain itu, laporan itu juga turut bagi siapa yang tidak mampu, mereka boleh mengelakkan bayaran dengan memuat status "saya miskin" di wall masing-masing.




Biasanya berita-berita seperti ni akan diviralkan di Malaysia melalui Whatsapp dan juga FB dalam sehari dua lagi.
Pemuda ‘Dipukau’ Untuk Tlanjang Di Skype

Ampang: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500.
Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina.
Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya.
“Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.
“Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek,” katanya. Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik. “Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video aksi itu disebarkan.
“Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai ‘tebusan’ bagi memastikan video itu dipadamkan,” katanya.
Anak Lari Rumah Ikut Teman Lelaki Gara-gara Ditegur Ibubapa


SEREMBAN – Gara-gara ditegur ibu bapa agar menjaga pergaulan dengan lelaki, seorang pelajar tingkatan lima bertindak lari dari rumah pada awal pagi Rabu lalu.


Chen Shu En,18, merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Seremban 2, di sini, dipercayai lari dari rumah bersama kekasihnya yang baru dikenali beberapa hari lalu.

Bapa, Chen Chee Ming, 42, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan keluar rumah kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu.

“Saya mula sedar Shu En tiada di rumah ketika mahu mengejutnya pagi itu kira-kira jam 7 pagi. Saya terperanjat melihat dia tiada di bilik seperti biasa.

“Kakaknya ada mendengar bunyi pintu rumah dibuka sekitar jam 3 pagi namun tidak menyangka adiknya yang keluar rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Adun Bukit Kepayang, di sini, semalam.

Menurutnya yang tinggal di Garden Avenue, Seremban 2, di  sini, berkata, malam sebelum kejadian, dia ada memarahi anaknya itu supaya menjaga pergaulan.

“Saya memarahinya kerana sayangkan dia, saya tidak mahu dia berkawan dengan mana-mana lelaki kerana dia masih sekolah lagi.

“Saya tidak sangka tindakan saya memarahi anak menyebabkannya sanggup lari dari rumah,” katanya.

Ibu mangsa, Pang Yok Mei,40, berkata, dia berasa bimbang dengan keselamatan anaknya itu kerana Shu En meninggalkan rumah dengan hanya membawa dompet dan telefon bimbit sahaja.

“Saya cuba menghubunginya banyak kali namun talian telefon ditutup. Saya sangat bimbang keselamatannya.

“Saya bertanya kepada rakan-rakannya turut tidak tahu di mana Shu En melarikan diri,” katanya.

Yok Mei berkata, dia mengesyaki anaknya itu melarikan diri bersama teman lelaki yang baru dikenali beberapa hari sebelum kejadian.

Sementara itu, Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin berharap remaja itu pulang segera tanpa memikirkan pertelingkahan keluarga yang berlaku.

“Kita akan bekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti di mana dia berada dan bersama siapa.


“Orang ramai yang melihat Shu En bolehlah menghubungi balai polis berhampiran ataupun menghubungi pejabatnya di talian 06-6015557,” katanya.
Polis Siasat Doktor Wanita Malaysia Sertai Militan IS

Kuala Lumpur: Polis akan menyiasat kesahihan satu laman blog didakwa milik seorang doktor wanita dari Malaysia yang menganggotai pasukan militan Negara Islam (IS).
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Bahagian Petugas Khas (Operasi/ Counter Terrorism) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci sebelum membuat ulasan lanjut mengenai pembabitan wanita itu dalam aktiviti pengganas.

“Saya tidak dapat mengulas lanjut, biar kita lakukan siasatan terlebih dahulu,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini, semalam.


Menerusi laman blog Diari Seorang Muhajirah seorang wanita bernama Shams, 26, menceritakan pengalamannya tinggal di Syria dan mengaku menganggotai IS.


Dalam paparan blog berkenaan, terdapat 24 catatan pengalamannya mengenai aktiviti di Syria termasuk perkahwinannya dengan seorang rakan anggota IS selepas dia menjejakkan kaki di negara berkenaan pada Februari lalu.
Dulu Ditampar, Kini Digertak 15 Konco Gores Dan Menang


Seremban – “Sebelum ini kami ditampar ejen gores dan menang, kali ini diugut pula dengan kayu dan besi sepanjang satu meter,” kata Low Beng Yen selepas dia mencuba nasib kali kedua menuntut supaya wang isterinya dipulangkan dalam kejadian di syarikat gores dan menang di Taman Bukit Kepayang, di sini, semalam.


Low, 54, berkata, dia dan rakannya, Kong Chee Tern, 50, datang ke pejabat syarikat berkenaan jam 11.30 pagi selepas tidak puas hati dengan keengganan ejen gores dan menang memulangkan semula wang RM1,200 walaupun dituntut pada Isnin lalu.

“Malangnya sekumpulan 15 lelaki disyaki ejen gores dan menang menyedari kehadiran kami dan menghalang dengan mengacu paip besi dan kayu,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kumpulan terbabit mahu menghalang dia daripada memasuki pejabat di tingkat satu premis perniagaan itu dan mendakwa akan memukul sekiranya mereka berdegil.

“Bimbang keselamatan kami, saya menghubungi Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Jason Lee Kee Chong meminta bantuan, ” katanya.

Sementara itu, Jason berkata, beliau bimbang keselamatan kedua-dua sahabat itu berikutan tindakan ejen gores dan menang seperti samseng itu.

Menurutnya, selepas dimaklumkan mengenai kejadian, beliau segera menghubungi polis meminta bantuan.

“Saya kesal dengan kejadian itu yang menggambarkan seolah-olah sindiket gores dan menang tidak dapat dibendung lagi,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Jalan Campbell, di sini, selepas membuat laporan polis mewakili mangsa, semalam.


Beliau berharap pihak berkuasa memandang serius perkara itu sebelum kejadian lebih buruk berlaku kerana sindiket terbabit sanggup bertindak membahayakan nyawa orang ramai. –myMetro Online
Powered by Blogger.