Performance

Technology

Himpunan Gambar KLANG Dilanda Ribut, Puting Beliung Himpunan Gambar KLANG Dilanda Ribut, Puting Beliung Reviewed by Unknown on 03:07 Rating: 5
Bangkai Tikus Dalam Cawan Kopi Bangkai Tikus Dalam Cawan Kopi Reviewed by Unknown on 21:29 Rating: 5
Lelaki Ini Mengaku Buat PROJEK Dengan 700 Buah Kereta Lelaki Ini Mengaku Buat PROJEK Dengan 700 Buah Kereta Reviewed by Unknown on 16:48 Rating: 5
GEMPAR - CCTV Rakam Hantu Parkir Di Rempuh Perodua Kelisa GEMPAR - CCTV Rakam Hantu Parkir Di Rempuh Perodua Kelisa Reviewed by Unknown on 16:45 Rating: 5
Laporan Alyah Hamil Tidak Benar Laporan Alyah Hamil Tidak Benar Reviewed by Unknown on 16:54 Rating: 5
KEJAM - Lelaki Bunuh, Potong Dan Bakar Teman Wanita KEJAM - Lelaki Bunuh, Potong Dan Bakar Teman Wanita Reviewed by Unknown on 16:47 Rating: 5
Harga Petrol RON95 Dan Diesel Naik 20 Sen Seliter Mulai Esok Harga Petrol RON95 Dan Diesel Naik 20 Sen Seliter Mulai Esok Reviewed by Unknown on 04:10 Rating: 5
Empat Murid Sekolah Mati Ditikam Seorang Lelaki Di China Empat Murid Sekolah Mati Ditikam Seorang Lelaki Di China Reviewed by Unknown on 03:00 Rating: 5
Himpunan Gambar KLANG Dilanda Ribut, Puting Beliung

Klang, 21 Okt - Kejadian ribut kuat yang telah melanda Klang pada hari ini melihatkan beberapa kerosakan kepada beberapa buah rumah disini.

Beberapa video telah dimuat naik oleh penduduk yang sempat merakam kejadian yang menggerunkan itu. Di dalam video tersebut boleh dilihat atap-atap bertebangan diudara. Dilaporkan, kejadian dirakamkan di Pandamaran.

Sesetengah dari mereka menyifatkan ribut kuat ini sebagai 'puting beliung kecil' kerana bentuknya yang seakan-akan puting beliung dan kekuatannya sehingga menerbangkan atap-atap rumah bangunan tinggi.








Bangkai Tikus Dalam Cawan Kopi


SEORANG lelaki tidak menyangka akan menemui bangkai anak tikus di dalam cawan kopi selepas habis menghirup air tersebut yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera.


Ron Morais dari Frederiction, Kanada, berkata, anak tikus itu hanya ditemui selepas dia selesai minum kopi tersebut.

“Ketika mula minum, saya menggunakan penutup cawan, tetapi ketika buka penutup itu untuk menghirupnya sehingga habis, saya menemui anak tikus,” katanya kepada BBC.

Ron mendakwa, dia kecewa dengan perkhidmatan restoran makanan segera yang terdapat di seluruh dunia itu kerana menyajikan minuman tersebut.

Sementara itu, ibu pejabat rangkaian restoran makanan segera itu telah memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

“Kita akan meneruskan siasatan sehingga mengetahui kebenaran dakwaan tersebut, selain mengambil sampel bukti,” jelasnya.

Lelaki Ini Mengaku Buat PROJEK Dengan 700 Buah Kereta


Kerana terlalu cintakan kereta, seorang lelaki mengaku telah melakukan seks dengan lebih 700 buah kereta. Edward Smith mendedahkan perangai peliknya itu dalam satu rancangan Televisiyen bertajuk This Morning di U.K.

Edward mengaku dia mula meminati kereta ketika masih kecil, menyebabkan dia kehilangan terunanya kepada sebuah Volkswagen Beetle ketika remaja.


Tapi bagaimanakah Edward melakukan hubungan intim dengan kereta? Edward menjelaskan cara dia melakukannya adalah dengan memeluk dan memegang bentuk badan kereta dan seterusnya melakukan kepuasan fizikal yang lain..

Edward mengaku pernah 'tidur' bersama Jaguar dan Mustang. Selain itu dia juga mendakwa pernah melakukan 'threesome' di dalam bilik pameran kereta selain dari pernah melakukan seks dengan sebuah helikopter.



GEMPAR - CCTV Rakam Hantu Parkir Di Rempuh Perodua Kelisa


VIDEO: Makhluk Apakah Yang Kereta Ini Langgar?

BAYANGKAN ketika anda sedang memandu, tiba-tiba ada 'objek' yang muncul dihadapan kenderaan anda, apa agaknya reaksi anda?

Mungkin itulalah yang dialami oleh pemandu dalam video di bawah ini. Dia telah melanggar satu lembaga hitam yang berbulu

Kelam-kabut dia memberhentikan keretanya...namun setelah diamati, tiada apa pun yang berlaku!

Kejadian ini dirakamkan oleh CCTV di Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi, mungkinkah ini yang selalu disebut-sebut orang sebagai 'lintasan' ?

LIHAT VIDEO DIBAWAH: 





Laporan Alyah Hamil Tidak Benar


PETALING JAYA: Penyanyi Datin Alyah tidak mengetahui siapakah individu yang menyebarkan cerita kononnya dia kini sedang hamil anak pertama bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 33,  berkata, dia hanya mengetahui perkara berkenaan melalui sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

"Pertama sekali berita saya hamil tidak benar dan apabila membaca mengenai laporan berkenaan saya terkejut kerana ia bukan datang daripada mulut saya.

"Saya tidak tahu siapa yang sebarkan mengenai cerita itu tetapi ia sama sekali tidak benar," katanya kepada mStar Online pada Ahad.

Menerusi laporan berkenaan, Alyah dikatakan berkunjung ke sebuah klinik kesihatan dan seorang individu yang turut berada di tempat sama terdengar penyanyi itu berbual mengenai kehamilan.

Dalam pada itu, Alyah tidak menafikan ada berkunjung ke klinik berkenaan bersama seorang temannya tetapi tidak berbual mengenai hal-hal kehamilan seperti yang dilaporkan.

Jelas Alyah, semasa berada di ruang menunggu hanya sepasang suami isteri turut berada di dalam klinik berkenaan dan dia pelik dengan tuduhan yang dibuat terhadapnya itu.

"Saya berkunjung ke klinik berkenaan atas sebab lain dan tiada pula bercakap mengenai kehamilan malah hanya ada sepasang suami isteri sahaja di dalam klinik tersebut ketika itu," katanya.




Alyah dan Ramli bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 dan perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu. Mstar
KEJAM - Lelaki Bunuh, Potong Dan Bakar Teman Wanita

Bukit Mertajam: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh, memotong dan membakar mayat teman wanitanya dalam kejadian di Kampung Tok Keramat, Juru, di sini, awal pagi semalam.
Suspek dipercayai bertindak demikian untuk menyembunyikan mayat mangsa yang dikenali sebagai Intan, berusia lewat 20-an dan berasal dari Teluk Air Tawar, Butterworth yang sering berkunjung ke rumahnya.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu kemudian bersembunyi di rumah kenalannya di Bandar Baharu, Kulim, Kedah, namun berjaya dikesan dan diberkas oleh polis, pada jam 4.45 petang semalam.
Isteri saya bertambah curiga lalu memeriksa kawasan sekitar kediaman sebelummenemui serpihan tulang dengan kesan terbakardi satu lokasi kira-kira 50 meter dari rumah"
Abang ipar suspek
Abang ipar suspek yang enggan dikenali berkata, isterinya berasa tidak sedap hati selepas dimaklumkan oleh anak lelaki mereka dan jiran mengenai tindakan suspek membawa cangkul dengan badan berlumpur ke kawasan semak berdekatan rumah mereka.
"Isteri terus ke rumah adiknya dan menjumpai pakaian berlumuran darah. Adik ipar saya itu bagaimanapun terus melarikan diri menggunakan motosikal teman wanitanya, namun wanita itu tidak kelihatan pun di rumah terbabit.
Temui serpihan tulang
"Ia membuatkan isteri saya bertambah curiga lalu memeriksa kawasan sekitar kediaman berkenaan sebelum menemui serpihan tulang dengan kesan terbakar di satu lokasi kira-kira 50 meter dari rumah. Dia kemudian membuat laporan polis," katanya.
Sementara itu, Pakar Perunding Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Zahari Noor, berkata pemeriksaan terhadap tulang yang ditemui kira-kira jam 2 pagi semalam itu, mengesahkan ia milik manusia, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, berkata polis sudah membawa suspek ke lokasi kejadian untuk membantu mengesan anggota badan mangsa, manakala motif pembunuhan masih dalam siasatan. Bharian Online
Harga Petrol RON95 Dan Diesel Naik 20 Sen Seliter Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.
Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. - BERNAMA

Empat Murid Sekolah Mati Ditikam Seorang Lelaki Di China


BEIJING: Seorang lelaki menikam empat murid sekolah rendah sehingga mati di Guangxi hari ini, satu lagi kejadian dalam siri serangan terhadap kanak-kanak sejak beberapa tahun lalu.
Dalam kejadian berasingan, enam orang terbunuh terpijak di sebuah sekolah rendah di Kunming, ibu negeri wilayah Yunnan, lapor agensi berita Xinhua. Ia tidak memberi maklumat lanjut.
Polis sedang mencari lelaki pertengahan umur selepas kejadian serangan pisau itu. Lelaki itu menyerang murid sekolah berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah.
Tiga daripada mereka mati di tempat kejadian dan seorang meninggal dunia kemudian di hospital berdekatan.
Serangan itu berlaku kurang dari sebulan selepas seorang lelaki menyerang tiga kanak-kanak dan mencederakan beberapa orang di sebuah sekolah rendah di wilayah Hubei.
Jenayah ganas jarang berlaku di China berbanding kebanyakan negara lain tetapi sejak beberapa tahun ini terdapat beberapa kejadian serangan di sekolah dan kanak-kanak.
Serangan itu menyebabkan timbul desakan bagi langkah untuk meningkatkan keselamatan di sekolah di negara berkenaan di mana kebanyakan pasangan hanya mempunyai seorang anak.
Mei lalu, lelaki bersenjatakan pisau menikam dan mencederakan lapan murid di sekolah rendah di sebuah lagi bandar di Hubei. Pada Disember 2012, seorang lelaki merempuh masuk ke sebuah sekolah rendah kampung di wilayah Henan dan menikam serta mencederakan 23 kanak-kanak. - REUTERS
Powered by Blogger.