Performance

Technology

Pelakon Nisha Dirr 'Bersuamikan' Penagih Dadah

Ketika Nisha Dirr mula melangkah dalam bidang lakonan 10 tahun lalu, dia membawa bersama pesanan ibunya agar menjaga perilaku dan usah sekali-kali menconteng arang ke muka keluarga.

Biarpun ketika itu usianya baru 19 tahun, dia sudah nekad menjadikan pesanan itu sebagai azimat demi memburu cita-cita dalam dunia yang mencabar. 

Pemilik nama sebenar Nik Shahri’ah Nik Dir ini bersyukur kerana sejak menjadi pelakon dia belum pernah menjadi mangsa gosip liar dan diburu kontroversi.
Rezeki juga sentiasa berpihak kepadanya kerana saban minggu ada saja tawaran yang menjemput dan terbaru bakal menjalani penggambaran drama episod berjudul Waris Kasih bagi slot Azalea di TV3.  

“Pesanan ibu dulu akan saya ingat sampai bila-bila. Berkat doa serta keizinan ibu yang membenarkan saya berlakon juga saya masih di sini biarpun ramai bakat-bakat baru muncul setiap hari. Tiada rasa cemburu atau iri hati kerana saya sendiri masih belajar dan berkongsi rezeki yang Allah SWT sediakan. 

“Watak lakonan yang diberikan pengarah pun semakin mencabar kewibawaan seperti dalam Waris Kasih. Peranan saya sebagai Yati sangat berat dan sarat dengan emosi. Waris Kasih menceritakan penderitaan kami lima beradik yang sangat susah sehinggalah Yati berkahwin dia terus mewarisi kedaifan keluarganya kerana bersuamikan penagih dadah dan penganggur. HM
Pelakon Nisha Dirr 'Bersuamikan' Penagih Dadah Pelakon Nisha Dirr 'Bersuamikan' Penagih Dadah Reviewed by Unknown on 16:28 Rating: 5

No comments:

«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

No comments:

Leave a Reply

Powered by Blogger.