Tak dapat dinafikan ramai kurang setuju dengan tindakan ibu bapa pada
hari ini yang gemar menyalahkan guru apabila anak mereka dimarahi di
sekolah.
Kebanyakannya memberi dalil zaman dahulu guru pukul anak murid juga tapi sudahnya baru mereka jadi manusia.
Kami pun setuju bahawa guru harus diberi kebebasan mengajar murid
termasuk mengajar dengan memukul dan memberi denda jika terlalu nakal
tapi agak-agak jugalah kan.
Kalau dah bagi penampar sampai berbekas kesan jari ini rasanya bukan
memukul dengan niat mahu mengajar tapi lebih kepada mengikut perasaan
marah.
Kini gambar kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun didakwa murid sebuah
sekolah rendah di Pulau Pinang dengan kesan tamparan di pipi ini telah
tersebar di laman-laman sosial.
Difahamkan susulan kejadian ini, pemeriksaan di Hospital Besar Pulau
Pinang serta laporan polis telah dibuat sebelum dibawa ke pengetahuan
JPN dan kementerian pendidikan.
Kami harap selepas ini guru akan lebih sabar dalam mendidik anak-anak
apatah lagi yang masih kecil seperti ini manakala ibu bapa pula,
jalinkanlah hubungan baik dengan pihak sekolah dan guru anak anda demi
kebaikan bersama.
Murid Darjah 1 Ditampar Cikgu Sampai Lekat Kesan Jari
Reviewed by Unknown
on
16:43
Rating:
No comments: