GELENG kepala kami dibuatnya tatkala meninjau akaun Facebook dengan nama ‘Legasi Kongsi Gelap Melayu 3 (LKGM3)’ yang baru diwujudkan pada 26 Jun lalu.
Entah apa masalah pengendali akaun tersebut sehingga sanggup menghina penduduk Sabah dan Sarawak khususnya yang berbangsa Dayak dengan kata-kata kesat dan memainkan sentimen agama.
Terdapat beberapa pengendali yang menggelarkan diri mereka dengan nama ‘Abang Long Rafie’, ‘Brader Don’ dan ‘Ayah Bos Plg’.
Apa yang peliknya, statusnya dilihat bercelaru sehingga menyebabkan kami agak keliru apa sebenarnya matlamat LKGM3?
Sebagai contoh, status ini dilihat cuba memperlekehkan orang bukan Islam.
Tetapi, pada masa yang sama, ia turut menghina mereka yang beragama Islam di negeri-negeri tersebut.
Justeru, kami yakin akaun ini sengaja diwujudkan bagi menimbulkan prasangka buruk di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak supaya saling bermusuhan.
Setakat ini, akaun tersebut telah mendapat 563 ‘likes’ daripada pengguna Facebook yang lain.
Diharap tidak ada pihak yang akan terpengaruh dengan status menghasut LKGM3 ini kerana ia hanya memberi kemenangan percuma kepala pengendalinya yang kami yakin mungkin sedang mengalami masalah jiwa.
Sebaiknya, buatlah laporan kepada pihak Facebook agar akaun ini dapat disekat daripada terus beroperasi!
'Legasi Kongsi Gelap Melayu 3 (LKGM3)’ Hina Sabah Sarawak
Reviewed by Unknown
on
04:08
Rating:
No comments: