SEORANG remaja dibunuh dan dimakan oleh dua orang lelaki, demikian kata prosekutor Rusi. Karina ada kemungkinan diperkosa dulu sebelum dibunuh dengan kejam. Karina Barduchyan, 16 tahun, dinyatakan hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg.
Polis percaya dia dibunuh dan dikerat malam itu juga. Bahagian-bahagian tubuh milik sang gadis ditemui di dalam beberapa beg plastik yang dibuang di sekitar bandar. Paling tidak dua beg plastik telah ditemui di dua tempat yang berbeza. Dua lelaki berumur 19 tahun telah ditangkap kerana kejadian biadab ini.
Karina kenal dengan dua suspek Yuri Mozhnov, si penjual bunga. dan Maxim Golovatskikh, si penjual daging di pasar. Karina dipaksa untuk ke pangsapuri mereka di mana dia kemudian di benamkan ke dalam tab mandi. “Kedua-dua lelaki tersebut mengatakan bahawa mereka memakan gadis tersebut kerana mereka lapar”, demikian kata jurucakap mahkamah Sergei Kapitonov.
Kedua-dua lelaki itu membunuh Karina, kemudian memotong-motong bahagian nya untuk dipilih yang mana yang akan dimakan! Kemudian, tubuh Karina yang telah di pilih itu dipanggang dengan kentang dan dimakan dengan lahap oleh keduanya tanpa perasaan bersalah. Kedua-duanya sekarang telah ditahan dengan tuduhan membunuh.
Peguam sekolah St. Petersburg, Andrei Lavrenko, mengatakan bahawa para penyiasat percaya pembunuh memutuskan untuk membunuh Karina setelah gadis itu bertengkar dengan Golovatskikh. Bintik-bintik darah ditemui di paip air dan lantai pangsapuri. Golovatskikh sendiri mempunyai sejarah sakit jiwa dan pernah dirawat di rumah sakit jiwa tempatan.
Wanita Dengan Kejam Dibunuh, Dikerat Dan Dilapah
Reviewed by Unknown
on
18:09
Rating:
No comments: