Ipoh: Sekumpulan pelacur warga asing serta beberapa pelanggannya melarikan diri dalam keadaan bogel sebaik melihat kehadiran anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan C M Yusuff, di sini.
Dalam operasi yang dijalankan 13 anggota imigresen kira-kira jam 2.15 petang itu seramai 24 orang terdiri wanita iaitu tiga warga Indonesia, Thailand (sembilan) dan seorang lagi dari Vietnam ditahan.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Negeri Perak Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, semua wanita itu yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran berusia 20 hingga 34 tahun.
Menurutnya, semua mereka didapati melanggar syarat pas lawatan sosial iaitu di bawah Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.
“Semua mereka didapati masuk dan tinggal di negara ini atas pas lawatan sosial bagi tujuan melancong.
-HM-
Pelacur Warga Asing Lari Bogel Ketika Diserbu
Reviewed by Unknown
on
16:28
Rating:
No comments: