The Realblackdaggers pada 4 Mac lalu melalui facebook milik mereka itu, telah menyatakan kekesalan mereka terhadap pengubahan fesyen, pemakaian uniform dan penjualan kain yang menggunakan rekabentuk uniform tentera negara kita.
Sumber dari My Media Hub, jom baca luahan hati kekesalan mereka di bawah:
Berfesyen tak kena gaya!
Pasukan Tentera Darat Malaysia, sebagai tunjang utama kekuatan pertahanan negara kini sudah mencapai usia 81 tahun.
Kalau orang, dah nampak kedut dan bongkoknya. Namun kaya dengan pengalamannya.
Namun sebagai satu pasukan, usia 81 tahun makin mematang dan memantapkan TD sebagai satu pasukan yang mengalami evolusi penuh wibawa.
Dari satu nukleus pasukan kecil anak muda yang hanya bersenjatakan SLR, ia kini satu ketumbukan dengan kekuatan hampir 100,000 orang dengan 18 kor dan pelbagai aset strategik.
Kehebatannya, meski ditidakkan oleh warga sendiri teraku oleh pasukan² asing yang jauh dilabel lebih hebat.
Nak pula pasukan Gerak Khas yang menimpa nama sebagai satu pasukan strategik penting yang mengharumkan nama negara di pelbagai pelosok dunia.
Namun kecemerlangan itu tidak datang dengan harga yang murah.
Untuk menyarung uniform penuh kebanggaan itu bukanlah sesuatu yang mudah dan Uniform yang hanya dibuat dari kain berharga sekitar RM20 semeter, namun nilainya tak tergambar dengan kata².
Tanyalah mana² anggota sekalipun, walau sekadar di mulut mereka mengutuk tetapi dalam hati mereka telah terdidik dengan rasa hormat terhadap uniform tersebut. Terutamanya uniform loreng. Rasa bangga, rasa meremang bulu roma.
Semuanya termaktub dek kehormatan yang datang bersama² uniform tersebut.
Kenapa? Kerana di uniform itu tersimpan kepada rahsia yang takkan difahami oleh orang awam.
Kod disiplin yang membentuk jati diri dan tunjang kekuatan sebenar. Kod persaudaraan yang tidak terbentuk dari hubungan darah.
Sebaliknya hubungan akrab sesama pasukan. Takkan mungkin dapat difahami oleh mereka yang tiada pendedahan.
Sayangnya dalam kita menyambut ulangtahun yang menyaksikan kemantapan pasukan ini menginjak ke dimensi baru, ada golongan tidak bertanggungjawab dengan sengaja melacurkan warna ini dengan pelbagai alasan.
Antaranya adalah dalam menghasilkan fesyen dengan pelbagai corak pakaian baru direkabentuk menggunakan warna kebanggan kita ini.
Menjadi pakaian yang langsung tidak mencerminkan semangat jati diri yang terkandung dalam warna tersebut.
Kita diajar memakai pakaian ini dengan cara yang sangat tertib dan ketertiban itu membentuk disiplin diri kita.
Nak pakai uniform, mata MP dan RSM tajam memerhatikan setiap inci, samada ianya dipakai betul atau tak dan yang pakai, adalah mereka yang telah pun sain mati atau dalam erti kata lain, sain demi perkhidmatan kepada negara.
Uniform itu dipakai bukan untuk suka sebenarnya, Ia membawa bersamanya tanggungjawab yang amat besar.
Kalau ikut Konvensyen Geneva, yang pakai loreng ini dalam perang ada hak untuk ditembak tanpa soal atas andaian dia adalah anggota tentera. I
tu belum kira keperitan yang kita lalui demi pakaian itu, segala latihan, operasi, semuanya diikat pada warna loreng tersebut.
Tapi, dapat kepada makhluk-makhluk ini? Warna kebanggaan itu kini dah jadi legging ketat yang menampakkan lurah punggung atau baju ketat yang menampakkan lurah dada atau segala macam fesyen yang kadangkala tak masuk dek akal.
Kalau diperhatikan, macam nak tercabut jantung membayangkan. Warna itu digunakan sebagai sebahagian daripada uniform ciptaan baru. Anggota kita pakai legging masuk operasi? Atau pakai skirt dugong masuk pejabat? Aduhh..
Ianya satu trend yang dimulakan oleh golongan berpengaruh besar terutamanya artis.
Tanpa pemahaman, mereka menggunakan uniform tersebut dengan cara yang cukup janggal. Loreng dikenakan dengan kasut tumit tinggi misalnya. Semuanya dihalalkan atas alasan mereka adalah artis yang berpengaruh besar.
Ia kemudian dikembangkan pula dengan pak-pak pondan yang menggunakan uniform tentera dan pasukan keselamatan lain sebagai asas ciptaan fesyen mereka yang semakin lama semakin hilang akal bentuknya dan digayakan dengan galaknya pula oleh makin ramai artis. Ia berkembang dan sekarang, tanpa soal, ramai yang mengikut.
Mungkin pakaian ala tentera menjadi trend sekian lama. Tetapi kenapa dalam nak mencipta fesyen² tak tentu arah sebegini, warna pasukan negara yang dipilih? Terbaru, warna loreng Tiger Woodlands Camo 2000 dan digital loreng baru.
Anggota sendiri belum dapat edaran pakaian uniform digital baru tersebut serta fabriknya boleh didapati dengan selamba di pasaran terbuka. Yang menjual, jual tanpa 2 3 kali kira.
Yang design, suka-suka hati taruk rekabentuk ikut suka. Apakah begitu murahnya harga uniform kita?
Dimana ketirisannya? Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Salah seorang rakan admin memberitahu, dia telah terjumpa lubuk fabrik uniform di sebuah kedai.
Semua warna ada. Dari pasukan TD hinggalah pasukan keselamatan lain. Malah yang belum dipublish pun sudah ada stoknya?
Amboi..mudahnya? Dan ia boleh dibeli dengan senang dan bawalah pergi ke designer² pondan yang tak tau tanggungjawab. Nak fesyen apa cakap saja. Perbuatan ini sudah semakin berleluasa.
Bila tidak dibendung, natijahnya mungkin kita tak terfikir. Ada di kalangan yang membuat rekaan sebegini tidak langsung rasa bersalah. Malah bermacam alasan diberikan demi menghalalkan tindakan mereka yang terang² menghina pasukan keselamatan negara.
Alasan utama? Mereka golongan berpengaruh, banyak duit, ada kedudukan. Maka mereka bebas melakukan apa saja. Walaupun meletakan maruah pasukan keselamatan di bawah tapak kaki mereka. Sedihnya, tindakan sebegini disokong pula oleh sesetengah golongan.
Adakah mereka ini merasa perit berjemur di tengah panas? Atau meninggalkan keluarga berbulan² demi bertugas? Atau merasakan peluru bersimpang siur di atas kepala? Aci lawan potong kepala ayam, taruk mereka bawah panas 5 minit dah ada yang terjerit² kata ianya adalah tindakan yang melanggar hak asasi.
Luahan Hati Anggota ATM Terhadap Designer Pondan
Reviewed by Unknown
on
21:41
Rating:
No comments: