Performance

Technology

Kafe Vampire Yang Menyeramkan Di Jepun

SEBUAH cafe yang bertemakan gothik dan kegelapan bersesuaian dengan namanya ‘Vampire’, telah dibuka di Jepun. Ianya terletak di tingkat 7 di sebuah bangunan di kawasan Ginza. Mengapakah ianya dinamakan sebagai Vampire Cafe? Ini kerana bersesuaian dengan temanya yang kegelapan, setiap pelayan yang bekerja disitu dikehendaki memakai pakaian gelap, bagi yang lelaki akan memakai tuxedo hitam dan bagi yang perempuan pula akan berpakaian ala-ala pembantu rumah perancis.
Sepanjang masa di kafe tersebut akan dipasang lagu berunsurkan ‘goth’ dan kegelapan bagi menambah mood ‘vampire’ itu sendiri. Bukan itu sahaja, dengan pencahayaan yang semamangnya suram, kafe tersebut juga dihiasi dengan tengkorak, kayu berlambang salib, lelabah yang besar dan yang paling epic adalah keranda Dracula (sepertimana yang terdapat didalam kebanyakan filem Dracula). Semuanya pasti akan membangkitkan semangat atau perasaan vampire itu sendiri seperti di dalam filem.

Bagi menu nya pula, kesemua ditulis menggunakan tulisan kanji (tulisan jepun) dan cara masakannya pula adalah campuran tradisi dari Perancis, Itali dan Jepun. Bebagai menu-menu yang pelik terdapat disitu. Harganya sememangnya sedikit mahal. Ianya mampu mencecah sehingga $100 dolar untuk dua orang makan. Walau bagaimanapun, bagi peminat tegar vampire, harga bukanlah segala-galanya, yang penting suasana dan semangat Vampire itu dapat dirasai walaupun tidak terdapat sajian darah sebenar. Dengan bilik makan yang penuh kesuraman serta dihiasi pula dengan benda-benda pelik dan juga muzik tema yang menyeramkan, dapatkah anda menikmati makanan yang telah dipesan?

Kafe Vampire Yang Menyeramkan Di Jepun Kafe Vampire Yang Menyeramkan Di Jepun Reviewed by Unknown on 20:15 Rating: 5

No comments:

«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

No comments:

Leave a Reply

Powered by Blogger.