Performance

Technology

Suami Nangis Berpelukan Sebelum Sah Bercerai

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05petang tadi.
Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.
Menerusi laporan Mstar Online, suasana di dalam kamar pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai.
Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.
Liza, 50, yang memfailkan permohonan perceraian tersebut menerusi peguam syarie, Sa’adiah Din pada 25 November tahun lalu turut ditemani oleh ahli keluarga dan rakan artis ke mahkamah termasuklah Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil.
Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di mahkamah.
Sementara itu, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah yang mengenakan jubah hitam ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas mengenai penceraian tersebut.
Manakala Zolkifli menganggap penceraian itu sebagai ketentuan Allah.
Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun,mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.-MS
Suami Nangis Berpelukan Sebelum Sah Bercerai Suami Nangis Berpelukan Sebelum Sah Bercerai Reviewed by Unknown on 21:25 Rating: 5

No comments:

«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

No comments:

Leave a Reply

Powered by Blogger.