Kuala Lumpur:
tiada tolak ansur dan langsung tidak berjiwa masyarakat selain tidak
berhati perut dengan hanya mengaut keuntungan semata-mata yang dapat
menyifatkan rasa tidak berpuashati sekumpulan pelajar Institut Pengajian
Tinggi terhadap syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.
Perkara itu disebut sebaik sekumpulan pelajar tersebut berjaya pulang sejurus lawatan mereka ke Medan, Indonesia dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah Air Asia dekat sini, LCCT kelmarin.
Jelas mereka, penerbangan mereka ke Medan pada 12 Februari yang lalu
tergendala seketika apabila kelewatan yang hanya seminit dijadikan
alasan untuk tidak membenarkan mereka melepasi pintu untuk menaiki
pesawat AK1350 yang dijadualkan berlepas pada jam 7.45 pagi waktu Malaysia.
Tambah mereka lagi, pintu penerbangan tersebut ditutup dihadapan mereka
ketika sebahagian darinya berjaya melepasi pintu tersebut dan pegawai
bertanggungjawab langsung tidak memberikan budi bicara dan tolak ansur
untuk membenarkan sebahagian yang lain menaiki pesawat.
Menurut mereka seramai 15 penumpang gagal menaiki pesawat atas alasan
yang sama dan dinasihatkan pegawai yang menjaga pintu berkenaan untuk
membeli tiket perjalanan seterusnya pada jam 1.50 petang.
"Mereka langsung tidak bertolak ansur, kata mereka tak nak ganggu jadual
perjalanan..tapi kami masih menghubungi kawan yang berjaya menaiki
pesawat dan mereka cakap pesawat sehingga jam 7.55 pagi pun masih belum
berlepas.
Kumpulan pelajar tersebut yang kemudiannya akur dengan tindakan tidak
bertimbang rasa tersebut mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan
seterusnya. Kini, lain pula ceritanya apabila mereka menyedari bahawa
mereka tidak boleh mengurangkan harga tambang yang baru daripada
penerbangan sebelumnya.
"Mereka kata tiket kami tiket promosi dan kami perlu bayar penuh kerana
tak boleh buat pengurangan harga tiket daripada tiket sebelumnya.
Akur dengan kenyataan tersebut, kumpulan pelajar itu terpaksa
mengeluarkan duit mereka sendiri bagi menampung kos penerbangan
seterusnya yang menelan belanja sebanyak RM200 setiap seorang tidak
termasuk bagasi tambahan.
Namun, kekecewaan pelajar tersebut tidak berakhir begitu sahaja apabila
menyedari bahawa beg mereka tersalah tagging selain mendapati bahawa beg
rakan mereka yang berjaya melepasi pintu penerbangan turut dihantarkan
ke bahagian lost and found.
Setelah berbincang dengan pegawai di kaunter khidmat pelanggan Air Asia,
mereka dikejutkan bahawa bayaran bagasi terdahulu tidak boleh
dikehadapankan bagi penerbangan seterusnya selain mereka terpaksa
mengeluarkan wang tambahan bagi menampung kos bagasi tersebut.
Pelajar pelajar tersebut ketika ditemui wartawan UNC sempat mencadangkan
agar semua mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi menjadikan Air Asia
sebagai perkhidmatan penerbangan pilihan terakhir memandangkan syarikat
itu yang semakin teguh dilihat semakin angkuh dan tidak bertimbang rasa.
Hati-hati dengan promosi murah AirAsia!
Ini teguran ikhlas aku kepada semua orang supaya lepas ni taklah korang
pun terkena tipu dengan perniagaan KOTOR AirAsia ni. Walaupun aku bangga
dia sebagai company tempatan yang Berjaya di pesada dunia tapi bagi aku layanan pelanggan yang TERANIAYA tak wajar berlaku!
Begini kisahnya, aku dan lapan orang kawan-kawan dah membeli sebuah
tiket promosi AirAsia ke Medan. Nak dijadikan cerita kami dah tiba awal
dekat LCCT untuk naik flight tapi punyalah ramai orang beratur tambah
pula dengan pekerja AirAsia sendiri yang layan kteorang lambat nak masuk
luggage terhegeh-hegeh. Tak pe boleh sabar lagi ye la excited first
time nak pergi Medan.
Lepas melepasi Kastam, kami pun berjalan ke pintu kaunter 3 untuk ke
Medan pada 12 Februari 2014. Depan mata aku seorg mamat staf AirAsia ni
tutup pintu setelah 4 daripada kami Berjaya masuk. Terkejut beruklah
kami berlima yang tertinggal ni eh kenapa dah tutup pintu kami dahlah
datang berkumpulan bagilah masuk. Alasannya masa dah tamat mereka akan
menutup pintu 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN dan waktu penerbangan pukul
6.45 pagi dan masa tu jam pukul 6.25 pagi. Consider la sikit tak
payahlah nak RIGID sangat.
Kejadah giler! Nego punya nego dia kata “Maaflah encik kami tak boleh bukak sebab ini akan menganggu schedule penerbangan”.
Aku mcm tak boleh terima sebab depan mata kami dia tutup pintu. Nak
dijadikan cerita bukan kami berlima je ada lagi 10 orang yang menimpa
nasib yang sama macam kami. KIRANYA ADA 15 ORANG DIA TAK BAGI MASUK
DENGAN SENGAJA!
Daripada runding elok2 sampailah bergaduh kami kat situ sebab jawapan
yang dia berikan sangat KURANG AJAR DAN TAK MASUK AKAL. Akhirnya dia
suruh kami beli tiket baru di kaunter servis. Senang je kan nak kaut
untung.
Tak cukup dengan tu kawan kami yang Berjaya naik flight kata, “Eh flight
tak gerak pun pukul 6.45 TEPAT. Flight delay!!! Sebab apa plak delay.
So apa masalah tak nak bagi kami masuk. NOT MAKE SENSE AT ALL!
Selepas urusan dengan kastam selesai kami pun pergi ke kaunter servis.
Kami disuruhlah ambil bagasi kami kembali, menurut staff AirAsia tu
kalau kami MISS FLIGHT, bagasi pun takkan naik sekali. OK LAA.. so masa
ambil bagasi, kami terperasan pula ada dua beg bagasi kawan kami yang
dah berlepas fly ke Medan tertinggal sekali.
Eh apalah pulak ni kan. Check punya check rupanya dia letak nama
berbeza-beza setiap beg. Beg aku nama kawan aku, beg kawan aku nama
aku.. BERCELARU!
SENANG JE KAN!!
Kalau kami tak perasan beg kawan kami tu macam mana? Kalau ada harta
berharga dalam bagasi kemudian ada orang ambil macam mana? Macam mana
staff dorg kerja letak nama beg lain2. Bila report kat kaunter servis
dia kata kami kena beli luggage baru sebab tak ada insurans cover… Dah
makan duit orang lagi!!!
Disebabkan tak nak mengecewakan impian nak pergi juga Medan, ditambah
pula rasa tanggungjawab nak kena tanggung lagi beg kawan kami yang dah
berlepas ke Medan tu, kami pun beli je la next flight yang kos RM200
seorang(termasuk luggage BARU).. melayang macam tu je duit kan!!
Flight seterusnya pukul 1.10 tengahhari. Tak nak perkara sama berulang
pukul 12.30 kami dah mula tunggu depan pintu kaunter. Ok MAMAT AIRASIA
KURANG AJAR YANG SAMA PAGI TADI JUGA JAGA KAUNTER… yang kelakarnya punya
penat kami tunggu dan beratur, dalam tiket tertera kuanter buka pukul
1.10 tapi pukul 1.20 baru dia buka dan flight kata nak terbang pukul
1.45. Kiranya pukul 1.25 dia akan tutup pintu..
HANYA ADA 5 MINIT JE KITA NAK BEREBUT MASUK DALAM FLIGHT OTHERWISE AKAN
JADI MACAM KES AKU TADI DIA TERUS TUTUP PINTU DAN SURUH BELI TIKET
BARU!!!
Bayangkan betapa bengang ye aku sebagai seorg pelangan rasa sangat
sangat teraniaya dengan layanan sebegini seakan-akan sengaja je nak kaut
untung lebih lagi-lagi tiket promosi yang tidak menawarkan insurans
jadi sebab tu dia rigid tapi bila nak buka pintu tak ikut masa yang
ditetapkan pula!
So nasihat aku, plzzz la kawan-kawan lepas ni lebih berjaga-jaga.
Mungkin salah aku juga kot sebab tak tunggu pukul 5 pagi depan kaunter
tu kan..!!
Semoga Tony Fernandes boleh baca dan plzz laa improve servis AirAsia ni
sebelum kami rakyat Malaysia sendiri beralih ke penerbangan murah yang
lebih berkualiti dan BERHATI PERUT.
Yes Now Everyone can fly but not necessary with you AIRASIA..!!! #BYE #HateAirAsia
p/s: ayat kelakar masa gaduh dengan mamat AirAsia kaunter tu kawan aku
cakap ingat NASI LEMAK KORG DAH LENGKAP KORANG DAH CUKUP BAGUS.. #ehh
rare giler hahaha #suddenly
*Post ini pun atas keizinan mamat staf AirAsia yang kurang ajar tu. Dia
kata kalau nak masukkan kat media pun SILAKAN.. (masa bergaduh mulut
dengan dia)
Sekumpulan Pelajar Berang Dianiaya Krew Airasia !
Reviewed by Unknown
on
06:52
Rating:
No comments: