DRAMA Duri Di Hati yang pernah disiarkan di slot Azalea TV3 tidak lama dahulu memberi platform kepada pendatang baharu, Natasha Elyzza, 20, untuk memahat namanya sebagai salah seorang pelakon di Malaysia.
Bermula dari situ, kelibatnya mula disedari oleh pengkarya tempatan yang memberinya peluang untuk terus melebarkan bakat di persada seni lakonan tanah air.
Bermula sebagai pelakon tambahan, kini nama Natasha mula terpampang selaku pelakon pembantu kepada watak utama dalam beberapa drama yang disiarkan di televisyen tempatan.
Antaranya ialah Bila Hati Perempuan Menjerit yang pernah disiarkan di Astro Prima dan yang terbaharu, menerusi drama bersiri Projek Memikat Suami yang sedang bersiaran di Astro Ria.
Menceritakan sejarah penglibatannya, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu memberitahu, pelakon Emma Maembong adalah individu yang bertanggungjawab menaikkan tahap kariernya pada hari ini.
Saya mula mengenali Emma sebelum dia terkenal sebagai pelakon setahun lalu. Ketika itu saya baharu berjinak-jinak sebagai pelakon ekstra. Tidak lama selepas mengenalinya, rezeki dalam bidang lakonan lebih memihak kepada Emma yang terus mencipta populariti tersendiri.
Bagaimanapun, hubungan kami masih berterusan seperti biasa. Sejak Emma aktif berlakon, sesekali dia memperkenalkan saya kepada beberapa syarikat produksi untuk sesi uji bakat. Alhamdulillah, bakat saya diterima untuk mendukung watak pembantu," katanya.
Setelah mencuba pelbagai watak dalam puluhan drama sama ada sebagai pelakon pembantu, Natasha ketika bertandang ke studio Utusan baru-baru ini memberitahu bahawa dia mendambakan watak antagonis, psiko atau penggoda.
Katanya, sebelum ini dia pernah memegang watak wanita gedik tetapi ia belum cukup mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.
Saya mahukan watak yang pelbagai selain watak pelajar universiti atau pekerja pejabat. Bukannya saya mahu bermegah, tetapi sejujurnya watak seperti itu merupakan biasa yang tidak begitu umphhh!
Sebab itu saya menantikan tawaran watak antagonis atau wanita psiko kerana jika saya berjaya menggalasnya, ia mendatangkan kesan yang tersendiri, sekali gus dapat memberi pengalaman dalam membentuk gaya lakonan yang lebih matang dan dikenali ramai," jelas Natasha yang menjadikan Nora Danish sebagai pelakon pujaannya.
Bagaimanapun, menurut Natasha, sebagai pendatang baharu, dia tidak mahu demand lebih-lebih dan menerima apa sahaja tawaran yang diterima untuk bertatih dalam bidang ini.
Mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, dia memberitahu bahawa sedang menunggu tawaran untuk menjayakan sebuah drama pada bulan Mac nanti. Pada masa yang sama, ujar Natasha, dia juga mencuba nasib dalam bidang peragaan sebagai model.
Utusan
Pelakon Baru, Kini Natasya Elyzza Sudah Mula DEMAND !
Reviewed by Unknown
on
20:59
Rating:
No comments: