Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Muntaha Kamil Khalid, 35, mendakwa, dia berkunjung ke restoran terbabit bersama lima anaknya.
“Ketika makan ayam goreng, saya tergigit benda asing. Saya sangka plastik tetapi apabila diperhatikan betul-betul, saya terkejut apabila mendapati ia adalah bulu ayam.
“Selepas melihat bulu pelepah ayam itu, tekak saya mula rasa loya memikirkan pekerja restoran terbabit tidak mengutamakan kebersihan ketika menyediakan makanan,” katanya.
Tidak berpuas hati dengan situasi itu, Muntaha Kamil berkata, dia memanggil pekerja restoran makanan segera itu untuk mengadukan perkara tersebut.
Bagaimanapun katanya, pengurus dan penyelia restoran tidak mengendahkan perkara tersebut malah enggan memohon maaf kepadanya.
“Mereka menyedari ia satu kecuaian kerana menyediakan makanan tidak bersih itu tetapi mereka tidak ambil kisah dengan aduan saya malah, mereka tidak memohon maaf pun.
“Pengurus mahupun penyelia tidak keluar menemui saya sekeluarga dan tiada tindakan langsung terhadap aduan dibuat,” katanya.
Muntaha Kamil berkata, dia kesal dengan insiden menimpanya itu kerana pekerja restoran makanan segera terbabit seharusnya menjamin kebersihan makanan disajikan.
Loya Tergigit Bulu Pelepah Ayam Di Restoran Makanan Segera
Reviewed by Unknown
on
18:55
Rating:
No comments: