SEORANG lelaki yang dikenali sebagai Kenneth Haskins
tergamak membakar unit kediaman apartment yang didiaminya selain
menghancurkan empat lagi kediaman jirannya di Tampa, Florida, baru-baru
ini.
Menurut Tampa Bay Times, Haskins, 58, mengambil keputusan membakar
bangunan apartment tersebut kerana bengang dengan pengurusannya yang
melarang dirinya daripada melakukan onani secara terbuka.
Ini kerana sebelum ini dilaporkan dia gemar melakukan
perbuatan terkutuk itu di tingkap serta di pintu rumahnya sehingga
menggangu ketenteraman penduduk di situ.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Suspek dipercayai sudah tinggal di apartment itu sejak 10 tahun lalu dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.
Wajah Haskins juga hampir tidak dapat dikenali selepas dia melepaskan tembakan ke arah wajahnya sendiri selepas insiden itu.
Suspek yang tidak dibenarkan diikat jamin telah ditahan di Penjara Orient Road.
Lelaki Bakar Apartment, Tembak Muka Sendiri Kerana Dilarang ONANI Secara Terbuka!
Reviewed by Unknown
on
01:25
Rating:
No comments: