Performance

Technology

Guru Perempuan Bersekedudukan Dengan Pelajarnya Sampai Mengandung

SEORANG guru wanita sebuah sekolah di Forth Worth, Amerika Syarikat, meletakkan jawatan selepas didakwa menjalin hubungan seks dengan pelajarnya, yang berusia 16 tahun. Akibat perbuatan itu, guru terbabit, Jennifer Riojas, 25, yang turut mengandungkan anak pelajarnya itu ditahan di sebuah penjara sementara menunggu diikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM62,310).
 
Di Malaysia pula, baru-baru ini, kisah guru wanita ‘mengusik’ pelajar lelaki didedahkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Guru wanita itu dilaporkan ‘mengusik’ pelajar lelaki sekolah menengah yang dikatakan memiliki paras rupa atau penampilan menarik.

Ia memperlihatkan semuanya boleh berlaku. Sebelum ini, biasa kita dengar guru lelaki melakukan pelbagai salah laku, mengambil kesempatan ke atas murid, terutama perempuan seperti ‘mengusik’, mencabul kehormatan atau merogol ketika di sekolah atau tuisyen. 

Jarang sekali kita dengar, guru perempuan tidak bermoral seperti itu tetapi hakikatnya, perkara itu berlaku sekali gus menambah calar pada kerjaya mulia ini. 

Guru, ibarat ibu bapa kedua, yang diharap membimbing anak menjadi insan berwibawa, berwawasan dan cemerlang dalam pencapaian akademik dan kehidupan masa depan, melencong daripada tugas hakikinya itu. Walaupun kes salah laku guru ini terpencil, ia satu perkara yang tidak dapat diterima akal dan membimbangkan ibu bapa. 

Suhu kemarahan ibu bapa pasti meninggi, apabila guru yang sepatutnya menjadi contoh dan diamanahkan mendidik di sekolah mempunyai sifat keji melakukan kesalahan dari segi seksual. Ibaratkan pagar, pagar makan padi, itu gambaran paling sesuai buat golongan sebegini. 

Guru wanita selalunya lebih memiliki keperibadian terpuji, malah kerjaya itu dilihat sesuai dengan keterampilan mereka. Tidak hairanlah majoriti daripada kira-kira 390,000 guru di seluruh negara adalah wanita. 

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, mencela tindakan guru wanita itu, lantas mendesak semua guru tidak kira lelaki atau wanita teguh menegakkan prinsip utama profesyen mereka. 

Guru, tegasnya, perlu sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme, proaktif, berprestasi, berperadaban, menambah baik serta sabar dalam melaksanakan tugasnya. 

“Guru adalah contoh kepada pelajar. Mereka bukan saja mampu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar semata-mata, tetapi pada masa sama, juga mampu menyeimbangkan akhlak dan sahsiah pelajar. Oleh itu, guru sendiri perlulah beretika supaya kredibiliti terus terpelihara serta dihormati,” katanya. 

Justeru, beliau mendapati, bagi kes guru yang terpesong daripada peranan utamanya, mereka itu perlu dikenakan tindakan tegas. 

Pada zaman globalisasi ini, peranan guru lebih mencabar dan mereka bijak mengatasi tekanan. Mungkin juga ada guru yang gagal mengawal tekanan dan bebanan tugas sebagai pendidik, mereka cuba melonggarkan minda dengan melakukan perbuatan kurang bermoral. 

“Saya tidak terperanjat jika ada guru wanita yang sudah tidak segan silu ‘mengusik’ pelajar. Nisbah guru wanita lebih ramai daripada lelaki. Ibu bapa pula terlalu menaruh harapan kepada guru untuk memberikan yang terbaik untuk anak. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang tidak meningkat, skop kerja semakin banyak, termasuk melakukan tugas pentadbiran selain mengajar, menjadikan mereka tertekan. 

“Jadi, tidak mustahil ada guru yang lepaskan tekanan dengan cara ini. Bagi guru wanita yang berperangai sebegitu, mereka perlu cepat muhasabah diri. Jangan nanti kerana kes terpencil ini, imej guru akan tercabar dan tercalar,” katanya. 

Lantaran, beliau mengharapkan Kementerian Pelajaran sentiasa ada penambahbaikkan untuk meningkatkan jati diri, memantapkan disiplin guru yang boleh dilakukan seperti menerusi bengkel dan seminar. 

PIBG umpamanya, kata beliau, menganjurkan bengkel Tangani Tekanan dan Kesihatan Mental Dari Perspektif Guru dan Ibu bapa serta Seminar Jati Diri.
 
Guru Perempuan Bersekedudukan Dengan Pelajarnya Sampai Mengandung Guru Perempuan Bersekedudukan Dengan Pelajarnya Sampai Mengandung Reviewed by Unknown on 06:52 Rating: 5

No comments:

«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

No comments:

Leave a Reply

Powered by Blogger.