Ramai isteri yang risau adakah telan air mani boleh menyebabkan hamil
atau mengandung? Ini adalah penjelasan kepada keraguan yang mungkin anda
alami khusus untuk sudah berumah tangga.
Penjelasan Sumber Dari Harian Metro
KEHAMILAN
berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum yang lazimnya menunggu di
dalam tiub fallopio selepas ovulasi. Embrio ini kemudian akan ‘ditolak’
ke dalam ruang rahim sebelum implantasi ke dalam lapisan terdalam
rahim.
Air mani yang ditelan akan
memasuki saluran pencernaan bermula esofagus, gaster (perut), usus kecil
dan usus besar. Tiada laluan langsung untuk sperma melalui saluran
makanan menuju ke tiub fallopio untuk mensenyawakan ovum.
Malah, sperma mati kerana tidak dapat bertahan di dalam cecair gaster yang mempunyai keasidan yang tinggi.
Di dalam faraj juga sperma tidak dapat bertahan lama,
kebanyakannya mati selepas setengah jam berada di dalam faraj akibat
sedikit keasidan yang ada di dalam persekitaran faraj untuk melawan
jangkitan kuman.
Jika kehamilan
berlaku, ia mungkin daripada sperma ejakulasi ke dalam faraj sewaktu
sesi hubungan seks yang lain atau daripada sperma yang boleh terkandung
dalam cecair daripada zakar pada awal hubungan seks penetratif
No comments: