Cerita yang bisa membuatkan anda termuntah. Cerita dari Temasek.
Seorang
wanita mewujudkan sebuah laman FB yang dipanggil “Dangerous Maid” untuk
memberikan amaran kepada orang ramai bahawa orang gaji bukan selalu
menjadi mangsa dera, malah majikan juga kadang kala “didera” orang gaji,
lapor AsiaOne.
Pencipta
laman itu, Hylda Low, yang mewujudkan laman itu pada hari Selasa
berkata “Saya mahu memberikan amaran kepada orang ramai bahawa pembantu
rumah ini (gambar di atas) adalah sangat berbahaya. Kita tidak boleh
membiarkan orang jahat ini menggunakan ilmu hitam kepada orang lain,”
tulis Low.
Pelajar
berusia 20 tahun itu mendakwa pembantu rumahnya, yang berasal dari Jawa
Barat, telah memasukkan darah haidnya ke dalam sup untuk dihidangkan
kepada keluarganya. Pembantu rumah itu juga didakwa secara
sembunyi-sembunyi meletakkan darah haidnya di dalam uncang teh.
Menurut
Low, keluarganya mendapat tahu perbuatan keji dan kotor pembantu rumah
itu awal Ogos lalu dan pembantu rumah tersebut sudah tiga kali melakukan
perbuatan keji itu.
Pembantu Rumah Tuang DARAH HAID Dalam MASAKAN!
Reviewed by Unknown
on
06:42
Rating:
No comments: