MUNGKIN masih ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang berjaya mencuri hati pelakon Maya Karin sejak enam bulan lalu.
Namun, lupakan niat anda untuk bertanya dan terus bertanya kerana dia tidak akan memberi jawapannya buat masa ini.
Pernah digosipkan dengan Remy Ishak, Maya berkata dia lebih senang jika hal seperti ini tidak dijadikan tumpuan, memetik Sinar Harian.
Mengakui bahawa dia tidak pernah serik bercinta, pelakon ini nyata mahu membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius.
“InsyaALLAH saya akan maklumkan kepada semua kalau sudah ke tahap itu.
“Lagi pun kalau sorok-sorok memang tidak seronok. Tapi buat masa ini kita belum tahu lagi, tunggulah nanti,” jelas Maya.
Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya Maya tidak menyorok mengenai
perihal dia sedang bercinta, cuma mahu merahsiakan identiti jejaka itu
sahaja.
Itu lebih baik daripada menipu mengatakan tak bercinta macam sesetengah artis lain…
Maya Karin Tetap Kunci Mulut Identiti Kekasihnya
Reviewed by Unknown
on
07:51
Rating:
No comments: