RASANYA, semua pengguna jalan raya sudah tahu akan bahayanya melanggar lampu isyarat merah.
Namun, dek kerana degil dan terlalu yakin tiada perkara buruk yang akan menimpa mereka, ramai yang mengingkari peraturan ini.
Kemalangan yang berlaku di hadapan Hotel Concorde, Seksyen 9, Shah Alam semalam mungkin boleh dijadikan iktibar oleh para pengguna jalan raya.
Akibat melanggar lampu isyarat merah, seorang penunggang dan pembonceng motosikal parah selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan lain.
Bagaimanapun, menerusi komen seorang pengguna di Facebook Daily Traffic Report, mangsa dikatakan cuba mengelakkan diri daripada dikejar oleh pihak polis ketika kejadian.
Beberapa gambar turut dikongsikan untuk tatapan umum:
GAMBAR: Parah Dirempuh Kereta Akibat Langgar Lampu Merah
Reviewed by Unknown
on
22:56
Rating:
No comments: