hiasan |
Balik Pulau: Hanya kerana RM50, seorang abang sanggup bertindak kejam apabila mencurahkan air panas ke badan adik kandungnya selepas wanita terbabit enggan memberikan wang berkenaan dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang guru bukan saja melecur di tangan akibat dicurah air panas, malah turut cedera di beberapa anggota badan selepas dibelasah abangnya itu menggunakan cota dan tangan.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa berusia 33 tahun berada di rumahnya sebelum didatangi abangnya yang meminta wang sebanyak RM50.
Bagaimanapun, mangsa enggan menyerahkan wang terbabit membuatkan abangnya berang dan membelasahnya menggunakan cota serta tangan.
Abangnya kemudian merampas telefon bimbit mangsa dan turut mencurah air panas ke arah mangsa membuatkan lengan kanan wanita terbabit melecur teruk,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit kemudian melarikan diri dan mangsa yang dalam keadaan kesakitan terpaksa meminta bantuan pengawal keselamatan untuk membawanya ke balai polis.
Mangsa membuat laporan polis dan susulan daripada itu, suspek ditahan di rumahnya di kawasan Sungai Tiram, Bayan Lepas, di sini, beberapa jam selepas kejadian terbabit.
Hasil ujian awal air kencing mendapati suspek yang berusia 35 tahun itu positif syabu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Hasil semakan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya.
Sementara itu, usaha Harian Metro menemu bual mangsa gagal apabila guru berkenaan memberi alasan masih trauma dengan kejadian berkenaan.
Dalam kiriman mesej yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp, mangsa mendakwa kejadian itu adalah kali pertama berlaku terhadapnya dan hingga kini dia masih lagi trauma.
Mangsa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Georgetown akibat kecederaan dialaminya.
Abang Simbah Air Panas Kerana RM 50
Reviewed by Unknown
on
20:03
Rating:
No comments: