Kluang: Seorang tukang masak yang sedang menyediakan menu tengahari maut dipercayai dipukul ketika disamun di sebuah restoran di Taman Sri Kluang di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa yang juga seorang wanita warga Indonesia berusia 30 tahun itu disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan luar.
Difahamkan, kejadian itu disedari anak mangsa yang curiga selepas ibunya tidak pulang ke rumah selepas selesai memasak di restoran itu.
Anak mangsa kemudiannya pergi ke restoran terbabit sebelum menemui ibunya terbaring tidak sedarkan diri di bahagian dapur.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di restoran itu seorang diri untuk memasak sebelum kedai itu dibuka.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai disamun selepas beberapa barang berharga milik mangsa didapati hilang. "Bagaimanapun suspek berjaya diberkas tiga jam selepas kejadian di bandar Kluang," katanya.
Tukang Masak Maut Dipukul Penyamun
Reviewed by Unknown
on
01:02
Rating:
No comments: