Performance

Technology

Badan Ajak (Shiro) Susut Mendadak, Dituduh Ambil Dadah

PETALING JAYA: Anggota kumpulan Shiro iaitu Ajak kesal apabila dituduh mengambil dadah gara-gara berat badannya susut sebanyak empat kilogram berbanding berat sebelum ini iaitu 65 kilogram.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 29, berkata, tuduhan pihak tidak bertanggungjawab itu mampu merosakkan reputasinya sebagai artis malah dia juga bimbang ia akan memberi persepsi buruk kepada peminat terutamanya kanak-kanak.

"Saya masih waras dan sedar mana perkara yang betul dan salah tambahan pula saya masih terikat sebagai seorang anggota tentera laut. Takkan saya nak buat begitu.

"Tuduhan itu bukan sahaja saya yang kena malah nama Shahrol juga turut terpalit sama," katanya kepada mStar Online.

Ajak ditemui pada sidang media filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 di Damansara Perdana di sini pada Khamis.

Selain Ajak dan temannya Shahrol, filem arahan Ernie Chen ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Azad Jasmin dan Rahim (Sepahtu). Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 12 Jun depan.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai susuk tubuhnya yang kelihatan susut, Ajak memberitahu disebabkan dia mengalami demam denggi baru-baru ini.

Malah kata Ajak, berat badannya itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penurunan tersebut tidak begitu ketara.

"Bukannya saya hilang 10 kilogram cuma empat kilogram sahaja dan saya tidak faham kenapa ada orang yang tidak berpuas hati dengan kami sehingga sanggup membuat cerita buruk seperti itu," katanya.

Sementara itu, Ajak berkata, dia dan Shahrol sudah penat dilemparkan pelbagai tuduhan yang mampu menggangu kerjaya mereka dan isu dadah bukanlah kali pertama.

Jelas Ajak, meskipun sentiasa mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan isu namun pendekatan itu membuatkan pihak-pihak tertentu terus menabur fitnah tentang mereka berdua.

"Saya akui sebelum ini saya bukan jenis yang suka memberi komen tentang-tentang cerita buruk mengenai saya atau Shiro tetapi nampaknya tindakan berdiam diri membuatkan ada pihak tertentu terus menabur fitnah.

"Sudah tiba masanya kami mempertahankan diri kerana nampaknya ia semakin menjadi-jadi," jelasnya.

Tambah Ajak dia tidak mahu mencari gaduh dengan mana-mana pihak tetapi sekadar ingin mempertahankan periuk nasinya dan keluarga daripada terus ditabur pasir.

"Saya tidak pasti apa tujuan apabila ada pihak yang cuba menjatuhkan saya tetapi cukuplah periuk nasi saya diganggu," jelasnya. mStar
Badan Ajak (Shiro) Susut Mendadak, Dituduh Ambil Dadah Badan Ajak (Shiro) Susut Mendadak, Dituduh Ambil Dadah Reviewed by Unknown on 16:52 Rating: 5

No comments:

«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

No comments:

Leave a Reply

Powered by Blogger.