Kesudahan penghujung siri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun terjawab malam Selasa lalu.
Lebih membanggakan drama bersiri 60 episod adaptasi karya novel nukilan E-Man Sufi yang mula menemui penonton sejak 9 Disember tahun lalu menerusi Mustika HD (Saluran 134), Astro itu mencatat kejayaan sebagai drama dengan ‘rating’ tertinggi setakat ini di saluran berkenaan menewaskan Adam Dan Hawa yang sebelum ini mencetus fenomena.
Biarpun disulami kontroversi demi kontroversi membabitkan pelakon utamanya Sharnaaz Ahmad berhubung isu pertelingkahan dengan pelakon drama itu, Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi serta kontroversi gambar mesranya bersama Nelydia Senrose yang menjadi bualan hangat sepanjang penayangan siri itu, ia sedikitpun tidak menjejaskan minat penonton.
Bahkan, kontroversi yang wujud dilihat sebagai penyumbang kejayaan drama terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd milik produser terkenal, Ziela Jalil dan arahan Jamal Khan itu.
Sharnaaz selaku teraju utama, saat ditanya berhubung perasaannya menghadapi episod pengakhiran drama berkenaan mengakui sehingga kini dia masih belum mampu memisahkan karakter Jebat daripada dirinya.
‘Kami Cuma Ikut Arahan Untuk Jadi Romantik' - Sharnaaz
Reviewed by Unknown
on
16:30
Rating:
No comments: