Performance

Technology

Isteri ADUN Paloh terbunuh dalam nahas

SIMPANG PULAI – Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah terbunuh dalam kemalangan berhampiran Cameron Highlands menghala Simpang Pulai petang Khamis.
Datin Maziah Din meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nozula dan anak pasangan itu dilaporkan cedera ringan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, kenderaan yang dipandu sendiri Nozula dipercayai hilang kawalan ketika menuruni laluan curam licin sebelum terbabas melanggar tebing bukit.
Nozula anak beliau kini menerima rawatan di Hospital Raja permaisuri Bainun, di sini.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, kenderaan yang dipandu Nozula dipercayai terbabas kerana permukaan jalan yang licin.
“Beliau (Nozula) kini berada di Hospital Ipoh dalam keadaan stabil dan hanya cedera ringan manakala isteri beliau dilaporkan telah meninggal dunia. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, Nozula dan keluarga sedang dalam perjalanan ke sini untuk menyertai program dihadiri rombongan UMNO Gua Musang yang sedang dalam menaiki bas dan dijangka tiba di sini pukul 8 malam.
Isteri ADUN Paloh terbunuh dalam nahas Isteri ADUN Paloh terbunuh dalam nahas Reviewed by Unknown on 09:19 Rating: 5

No comments:

«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

No comments:

Leave a Reply

Powered by Blogger.