SEOUL: Syarikat penerbangan Korea Selatan, Asiana Airlines pada Selasa mengakui buat kali pertama bahawa kesilapan juruterbang berkemungkinan menjadi punca kemalangan pesawat itu di San Francisco tahun lepas yang menyebabkan tiga kematian.
Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan akhbar, syarikat penerbangan itu turut menyatakan faktor penyumbang lain termasuk isu-isu teknikal dalam sistem pemanduan automatik pesawat.
Pesawat Asiana Airlines dari Seoul ke San Francisco itu melakukan pendaratan cemas pada 6 Julai lalu sebelum tergelincir di landasan, merempuh tembok laut dan terbakar.
“Kemungkinan punca kemalangan ini adalah kerana kegagalan anak-anak kapal penerbangan untuk memantau dan mengekalkan kelajuan minimum selamat di udara pada saat-saat akhir,” menurut kenyataan Asiana.
Ini menyebabkan pesawat itu tersasar dari landasan dan merempuh tembok laut.
Tiga orang terbunuh dan hampir 200 cedera dalam kemalangan itu.
Kenyataan itu menambah krew kokpit telah dikelirukan oleh sistem automatik Boeing 777- 200ER itu yang ‘tidak konsisten’ yang membawa mereka mempercayai bahawa sistem pemanduan automatik kekal dengan kelajuan di udara yang telah ditetapkan.
Asiana berkata kesimpulan mengenai kemalangan itu telah diserahkan kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB ) pada 17 Mac lalu yang mengetuai siasatan.
NTSB menegaskan autopilot hanya memainkan peranan sebagai pelengkap dan juruterbang perlu memantau peralatan mereka dan memberi perhatian kepada persekitaran untuk mencegah kemalangan.
Lembaga itu telah berkata autopilot dimatikan kira-kira tiga batu (4.8kilometer) dan kelajuan udara merosot serendah 103 knot (191 kilometer sejam), atau 34 knot kelajuan di bawah kelajuan ideal.
Asiana mempertahankan dua juruterbangnya, Lee Kang- Kuk Lee dan Lee Jung -Min dengan berkata mereka adalah juruterbang ‘berwibawa’ yang telah terbang berpuluh-puluh kali ke dan dari San Francisco.
Asia Airlines Terhempas, Kesilapan Juruterbang Mungkin Punca Kemalangan
Reviewed by Unknown
on
21:24
Rating:
No comments: