KEKASIH Afiq Muiz, Eina Azman didakwa bergaduh besar dengan pengarah produksi filem Kuntilanak Ciliwung selepas pelakon itu bertindak meninggalkan set penggambaran dan terbang pulang ke Malaysia.
Susulan itu, penerbit produksi filem berkenaan bercadang mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Eina untuk mendapatkan pampasan gantirugi.
Mengikut laporan asal di Harian Metro, pengaduhan itu dikatakan berpunca daripada Eina yang meminta kebenaran produksi untuk pulang ke tanah air pada 4 Mac ini dengan alasan terikat dengan komitmen kerja iaitu untuk menghadiri majlis previu.
Pada peringkat awal pihak produksi bersetuju kerana ia hanya mengambil masa sehari, tetapi kemudian Eina meminta sekali lagi balik ke Kuala Lumpur pada 6 Mac.
Pemintaan itu ditolak pengarah produksi dan tidak membenarkan kekasih Afiq itu sekali lagi pulang ke tanahair kerana masih banyak babak besar dan penting membabitkan dirinya yang perlu disiapkan.
Pengarah juga mencadangkan dia pulang pada 10 Mac kerana filem Kuntilanak Ciliwung juga bakal menjalani penggambaran di Kuala Lumpur selepas itu.
Mendengarkan perkara itu, Eina tiba-tiba melenting dan tetap berkeras mahu pulang ke Kuala Lumpur. Sikapnya itu menyebabkan pengarah turut panas hati dan berlaku pergaduhan di antara mereka.
Punca Eina Azman, Kekasih Afiq Muiz Bergaduh
Reviewed by Unknown
on
03:56
Rating:
No comments: