SEORANG lelaki berusia 24 tahun dari Marseilles, Farid Ghilas, telah dijatuhkan hukuman satu tahun penjara kerana telah menginaya seekor anak kucing.
Kejadian itu telah divideokan dan diupload ke facebook lelaki tersebut dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
Selepas video itu diupload, ribuan bantahan telah diterima yang mahukan Ghilas dihukum.
Petisyen yang ditandatangani oleh 260,000 orang telah berjaya diperolehi yang membawa kepada pendakwaan dan hukuman tersebut.
Dalam pengakuannya di mahkamah, beliau mengatakan sewaktu mereka berjalan di kawasan ada seekor kucing datang ke arahnya.
Tanpa berfikir panjang beliau terus mengambil dan membaling anak kucing tersebut dengan sekuat hati ke arah dinding rumah pangsa tersebut dengan niat untuk bersuka-suka.
kucing yang dikenali sebagi “Oscar” hanya patah kakinya apabila terjatuh setelah dibaling.
Pengalaman setahun dalam penjara mungkin tidak seindah bagi lelaki ini.
Menganiaya Kucing, Lelaki Ini Dipenjara Setahun
Reviewed by Unknown
on
20:23
Rating:
No comments: