SEJAK hubungan Hanez Suraya dan jejaka bernama R didedahkan kepada umum baru baru ini, pelbagai spekulasi dan khabar angin yang kedengaran namun kenyataan banyak datang dari mereka yang rapat dengan pasangan ini.
Menerusi Berita Harian hari ini, isteri kepada R telah tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez Suraya dalam hubungan mereka.
“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu — sedangkan saya masih isteri R yang sah”
“Saya tidak pernah terfikir untuk menganggu Hanez apatah lagi menyerangnya — bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat naik gambar bersama anak anak saya dalam laman Instagram”
Hanez Suraya Memang Rampas Suami Saya - Liyana Manan
Reviewed by Unknown
on
20:07
Rating:
No comments: