Bersandarkan bakat, populariti dan wajah kacak persis model, tidak
hairanlah jika pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar kini menjadi
buruan ramai peminat wanita termasuklah golongan ‘mak datin’ yang
dikatakan cuba menghimpit dirinya.
Bukan saja menjadi kegilaan peminat wanita, dia turut menjadi rebutan
produser dan pengarah untuk digandingkan sebagai hero dalam karya
mereka. Tidak cukup dengan itu, Shah juga sering menjadi sasaran gosip
dengan ramai artis wanita yang digandingkan dengannya dalam drama sejak
awal lagi.
Bermula gosip cinta dengan pelakon jelita Rozita Che Wan, nama Shah
dikaitkan pula dengan Cacha Maembong dan Nad Zainal. Namanya turut
terpalit dengan kontroversi apabila dikaitkan dengan kakak kepada
pelakon Anzalna iaitu Diana Nasir yang turut meraih perhatian ramai di
persada hiburan tempatan.
Terbaru, nama Shah dikaitkan pula dengan pelakon Intan Ladyana yang
juga gandingannya dalam drama bersiri di Slot Akasia TV3, Jika Itu
Takdirku arahan Eoon Shuhaini.
Gambar ‘mesranya’ dengan Intan yang nampak seperti mereka bercium pula menimbulkan kekecohan di laman sosial, baru-baru ini.
Shah Iskandar Jadi Buruan SugarMummy
Reviewed by Unknown
on
15:46
Rating:

No comments: