Performance

Technology

Demi PBS Anak Cikgu Ikut Serta Bantu Kemas Fail Di Stor


Dewasa ini, ramai golongan pendidik yang merungut bahawa Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membebankan tugas guru.
Dari segi lain, ia dikatakan turut menyusahkan apabila terdapat isu berkaitan teknologi maklumat iaitu masalah ‘connectivity’ dan ‘accessibility’.
Bagi menyiapkan fail PBS yang perlu dilakukan di luar waktu kerja pula, ia membuatkan ada guru yang bergurau sesama sendiri menyatakan pekerjaan mereka kini adalah kerani dan penjaga stor.

Bagi guru wanita, ada yang terpaksa membawa anak ketika melakukan tugasan berkenaan kerana tiada pengasuh selepas waktu pejabat.
Lihatlah gambar-gambar yang dikongsikan di laman siber ini, tak hairanlah ada yang sempat menjadikannya bahan lawak dengan berkata, tak mustahil ada guru Malaysia yang mati dihempap fail kalau begini keadaannya!


Apa pun, golongan guru diminta bersabar banyak-banyak kerana Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, sudah memberi jaminan bahawa PBS bentuk baharu yang akan meringankan beban tugas guru di sekolah kini sedang melalui proses kajian serta penambahbaikan dan dijangka selesai antara dua hingga tiga minggu lagi.


Demi PBS Anak Cikgu Ikut Serta Bantu Kemas Fail Di Stor Demi PBS Anak Cikgu Ikut Serta Bantu Kemas Fail Di Stor Reviewed by Unknown on 04:14 Rating: 5

No comments:

Demi PBS Anak Cikgu Ikut Serta Bantu Kemas Fail Di Stor

Dewasa ini, ramai golongan pendidik yang merungut bahawa Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membebankan tugas guru.
Dari segi lain, ia dikatakan turut menyusahkan apabila terdapat isu berkaitan teknologi maklumat iaitu masalah ‘connectivity’ dan ‘accessibility’.
Bagi menyiapkan fail PBS yang perlu dilakukan di luar waktu kerja pula, ia membuatkan ada guru yang bergurau sesama sendiri menyatakan pekerjaan mereka kini adalah kerani dan penjaga stor.

Bagi guru wanita, ada yang terpaksa membawa anak ketika melakukan tugasan berkenaan kerana tiada pengasuh selepas waktu pejabat.
Lihatlah gambar-gambar yang dikongsikan di laman siber ini, tak hairanlah ada yang sempat menjadikannya bahan lawak dengan berkata, tak mustahil ada guru Malaysia yang mati dihempap fail kalau begini keadaannya!


Apa pun, golongan guru diminta bersabar banyak-banyak kerana Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, sudah memberi jaminan bahawa PBS bentuk baharu yang akan meringankan beban tugas guru di sekolah kini sedang melalui proses kajian serta penambahbaikan dan dijangka selesai antara dua hingga tiga minggu lagi.


«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post


No comments:

Leave a Reply

Powered by Blogger.